” Ehh, comey sungguh laaaa. Suka dengar dia buat hah.. hah.. hah.. “

Reaksi Anak Zizie Izette, Aalisa Belle Apabila Disuapkan Coklat Begitu Mencuit Hati. Alahai, Comel Dia Tak Boleh Bawa Bincang !!

Zizie Izette merupakan seorang pelakon suatu ketika dahulu. Selepas beliau berkahwin dengan Datuk Bung Mokhtar Radin pada Disember 2009, Zizie terus menyepi daripada dunia seni hiburan dan menumpukan sepenuh perhatiannya kepada keluarga.

Perkahwinannya ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu sepasang kembar bernama Aadam Zec Izette dan Aaleph Zeke Izette serta seorang anak perempuan bernama Aalisa Belle Izette. Sebelum beliau dikurniakan cahaya mata, beliau telah mengambil dua orang anak angkat.

Naila Nurjenna dan Aaric Zayn merupakan anak angkat Zizie. Walaupun begitu, Zizie tetap menyayangi anak angkatnya seperti anak sendiri tanpa membezakan kasih sayang antara mereka. Ia dapat dilihat melalui video dan gambar yang beliau kongsikan di akaun Instagram.

Menerusi akaun Instagram, Zizie berkongsi video anak bongsunya, Aalisa disuapkan coklat olehnya. Reaksi Aalisa apabila nampak makanan tersebut sangat mencuit hati. Bukan main suka dia dan siap membuka mulut seluas-luasnya.

Jom tonton video di bawah :

Rata-rata netizen ger4m melihat kecomelan Aalisa. Antara komen-komen netizen :

” Hahahaha comel dia tak boleh bawak bincang comel sangat nie.. “

” Open your mouth…ha ha ha… “

” Comel la kamu ni Cichaabelle.. “

” Eeee.. Ger4mnya, comel sangat .. “

” Ehh.. kita pun ikut nganga skli.. comey sungguh laaaa.. “

” Hahaha.. Apesal acik pn gelak sama mcm mommy ni.. comel btl cica nganga siap ha ha ha lg tu.. “

” Suka dgr dia buat.. hah.. hah.. hah.. “

Alahai, comel sungguh Aalisa ni. Sebenarnya kesemua anak-anak Zizie sememangnya comel-comel belaka. Seronok apabila melayan kerenah anak-anak semasa mereka kecil. Semoga Aalisa Belle membesar menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan di akhirat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zizie Izette by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..