” Ehh, ada tiga kembar Najwa lah dalam gambar.. ” – Netizen

Penyanyi Najwa Latif Kongsi Potret Bersama Keluarga, Namun Gambar Adik- Beradiknya Yang Lain Cur1 Tumpuan Ramai. Wahh Semua Seiras !!

Masih ingat lagi  akan penyanyi muda yang bernama Najwa Latif ? Lagunya yang bertajuk ‘Cinta Muka Buku’ telah menjadi satu fen0mena yang luar biasa dan menjadi vir4l pada suatu ketika dahulu di Youtube. Najwa yang telah mencipta namanya  dengan menghasilkan lagu-lagunya hasil karyanya sendiri.

Selain mempunyai suara yang sangat merdu, dia juga turut pandai bermain gitar. Bukan itu sahaja, cara penampilannya  dengan gemar mengayakan ‘cardigan’, tali pinggang, ‘skirt’ dan gaun labuh ketika membuat persembahan di pentas turut menjadi ikutan para remaja.

Meskipun bergiat aktif dalam bidang nyanyian, Najwa tetap meneruskan pengajiannya dengan menyambung pengajian dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua di Universiti Malaya sejak dua tahun lalu. Sebelum itu, Najwa bergraduasi dalam jurusan sama dari Universiti Antarabangsa Unitar pada 2017.

Hasil tinjauan di Instagram, Najwa Latif telah berkongsi potret terkini keluarganya. Malah, Najwa turut berkongsi kapsyen ‘Raya’ . Wahh sangat cantik gambar keluarga Najwa. Masing-masing cantik bergaya dengan pakaian sedondon berwarna kelabu. Paling kelihatan sangat comel adalah anak saudara Najwa yang kecil berdiri di hadapan sekali.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah :

View this post on Instagram

raya

A post shared by OfficialNajwaLatif (@njwalatif) on

Perkongsian gambar tersebut turut mencuri perhatian netizen, kerana adik beradik perempuan Najwa kelihatan mirip sepertinya. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Ehh, ada tiga kembar Najwa lah dalam gambar.. ”

” Yang perempuan muka semua sama  yer.. “

” Cantiknya gambar raya.. “

” Ingatkan wawa yang kakak Wawa kiri berdiri tu. Pastu baru nampak Wawa rupanya yang duduk.. “

” Cantiknyaa semuaaaaaa.. “

” YA Allah cantiknyaaa .. Asal kak Wawa tahu kita minat akak dri dulu, dri zaman muka buku.. “

Betul lah, kalau sekali tengok memang semua seiras. Makin cantik Najwa sekarang yang telah pun berusia 25 tahun, nampak sangat matang. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Najwa sentiasa bahagia bersama keluarga tercinta, dan terus berjaya dalam karier yang diceburi. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Najwa Latif

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..