” Dunia ni sekejap je dan jangan persoalkan kenapa kita diuji begini.. “

Anak Prof Muhaya, Dr Atiyah Azmi K0ngsi Nasihat Buat Para Ibu Dan Kisah Arw4h Anak Syurganya, Muhammad, Buat Netizen Sebak !!

Baru-baru ini , kita telah di khabarkan tentang perginya anak syurga iaitu arw4h Muhammad anak kepada Dr Atiyah Azmi. Dr Atiyah, atau lebih gemar dikenali sebagai ‘Mama Tiyah’ merupakan anak kepada Datuk Prof Dr Muhaya Muhammad yang merupakan Tokoh ilmuan dan pakar bed4h mata.

Arw4h Muhammad telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 24 Disember 2019 di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Berita duk4 itu telah dikongsikan sendiri oleh Datuk Prof Dr Muhaya melalui akaun instagram miliknya tentang pemergian cucu beliau itu.

Dr Atiyah yang juga merupakan seorang doktor, dapat dilihat seorang ibu yang kuat dan taba . Sering kali berkongsi penjagaan anak istimewa di laman media sosial terselah kasih seorang ibu itu yang tulus ikhlas menjaga anak istimewa. Arw4h Muhammad merupakan cucu tunggal lelaki dalam keluarga Datuk Prof Dr Muhaya.

Menerusi akaun instagram, Dr Atiyah telah berkongsi nasihat buat para ibu yang diuji dengan penyak1t atau ibu yang mempunyai anak yang sak1t atau anak yang istimewa. Beliau juga berkongsi gambar dan cerita ketika beliau mengandungkan arw4h Muhammad dan perkongiannya menjadi perhatian netizen.

Ikuti perkongsian Dr. Atiyah di bawah :

” Khusus buat para Ibu yang mengandung anak yang diuji dengan penyak1t, atau Ibu yang ada anak yang sak1t atau istimewa. Mama Tiyah nak kongsikan beberapa nasihat orang lain buat Mama dulu terutama ketika mengandung dan mula-mula bersama Arwah Muhammad.. “

” Semoga bermanfaat : “ Kita tidak tahu apa-apa, hanya Allah yang tahu segalanya” “Selagi anak berada dalam rahim anak itu berada sepenuhnya dalam jagaan Allah dan kita tidak tahu apa-apa. Yakin dengan kuasa Allah” .. ”

” “Anak yang bakal dilahirkan ini akan menarik kasih sayang dan rezeki InsyaAllah buat rumah dan sekeluarga” “Ingat cinta kita kepada Allah, dan tidak sabar bertemu anak ini bukan kerana cinta kita kepada anak itu tetapi kerana cinta kita kepada Allah” .. “

” “Atiyah tak rugi apa-apa, kalau anak ini hidup dapat pahala menjaga anak istimewa, kalau Allah izinkan tidak hidup dapat anak syurga menanti di sana” .. Banyak lagi pesanan penuh hikmah dan memberi semangat pada Mama Tiyah, tetapi ini antara yang cukup menyentuh jiwa Mama.. “

” Alhamdulillah. Mama Tiyah mendoakan agar Ibu yang sedang berj1had seikhlas hati menjaga dan mengandungkan anak-anak istimewa ini dikurniakan kekuataan, ketaqwaan dan ketabahan.. “

” It’s okay, dunia ni sekejap je dan jangan persoalkan kenapa kita diuji begini tetapi fokuslah pada segala kenikmatan yang Allah dah bagi sebelum ini.. “

” InsyaAllah tidak sempat untuk komplen. Mereka bukan musibah, tetapi nikmat untuk kita.
Gambar-gambar ni antara selfie terawal dengan Arwah Muhammad.. “

” Masa ni berdebar dan gembira, berdebar sebab tak0t tak beri yang terbaik pada Muhammad dan gembira kerana Allah pilih kami. Alhamdulillah.. ” 

Rata-rata netizen merasa sebak dan berterima kasih akan perkongsian nasihat Dr Atiyah itu. Antara komen-komen tersebut :

” Menitis airmata membaca ini, teringat kisah hidup saya mengandung anak syurga, ALLAH SWT syg kan dia, 6bln di dlm kandungan x beragam.. “

” Pernah dgr perkongsian Dr Atiyah dalam ikim, menyentuh hati kami ibu ibu.. “

” Can’t said a word.. I’m so touch.. “

” You strong. Allah knows best.. “

” Ya allah.. Mengalir air mata sy mbaca.. “

” Kata2 nasihat Dr Atiyah memberi inspirasi saya untuk kuat dlm kehidupan.. Terima kasih .. “

” Thanks atas nasihat doktor.. Semoga saya juga tabah dan sabar demi anak syurga saya anugerah yang terindah.. “

Allah.. tabahnya Mama Tiyah. Admin baca pun mengalir air mata. Moga Mama Tiyah tabah dan kuat. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Mama Tiyah sentiasa berlapang dada dan terus kuat untuk meneruskan hidup ini. InsyaAllah, arw4h Muhammad menanti Mama Tiyah di pintu Syurga. Amin.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Dr Atiyah Azmi by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..