” Doakan anak saya, Sharifah Nur Ainul Mardhiah… “

Ali Puteh Mohon Doa Semua Buat Anak Bongsunya Yang Akan Menjalani Pembed4han. Moga Ainul Kuat !!

Nama Ali Puteh atau pemilik nama sebenar Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan tidak perlu diperkenalkan lagi. Adik kepada pelawak terkenal, Abam Bocey ini juga merupakan seorang pelawak dan pelakon yang dikenali di Malaysia. Ali bergandingan dengan Mamak dalam kumpulan Puteh menghiburkan semua dengan lawak-lawak mereka.

Untuk pengetahuan, Ali telah berkahwin dengan pilihan hatinya yang bernama Melati Fitri Abdullah dan pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan. Anak sulung mereka bernama Sharifah Nur Aaira Qaireenrusia dan anak kedua pula diberi nama Sharifah Ainul Mardhiah.

Jika anda mengikut akaun Instagram, pasti ada mengetahui anak bongsu Ali yang mesra dipanggil Ainul kini sedang diuji dengan s4kit. Difahamkan si kecil ini berdepan dengan masalah injap jant0ng terbalik dan jant0ng berlubang sejak dari lahir lagi. Ini adalah ujian yang besar buat pasangan ini.

Menerusi akaun Instagram, Ali berkongsi perkembangan terkini anaknya. Ainil kini telah dipindahkanke Hospital Serdang setelah selama 3 bulan berada di Hospital Ampang. Melalui perkongsian sebelum ini, Ali memaklumkan Ainul akan menjalani pembed4han pada 14 November ini.

” Transfer dri hospital ampang ke hospital serdang… terima kasih semua jururawat hospital ampang yg menjaga anak sy selama 3 bulan.. layanan yg baik dri semua kakitangan hospital ampang… “

” Ainul dah selamat smpi ke hospital serdang..  dengar2 boleh dtg melawat sebelom operati0n… doakan anak sy sharifah nur ainul mardhiah… “

Rata-rata peminat mendoakan kesihatan buat adik Ainul. Antara komen-komen peminat dan rakan selebriti :

” Syafakillah Sharifah Nur Ainul Mardhiah anak solehah.. “

” Insha Allah dipermudahkan semua urusan mak bapak dan baby comel ni. Allah mesti bagi kesembuhan. yakin saja dengan dia ya bro.. “

” Semoga dipermudahkan.. Semoga baby cpt sembuh.. “

” Ya Allah permudahkanlah ya Allah… Semoga cepat sembuh… Amin3x.. “

” Semoga dipermudahkan semua dan Baby Ainul Mardhiah kembali sihat dan sembuh seperti biasa.. Amin.. “

” Smoga d permudahkan semuanya utk bby comel Nur Ainul Mardhiah.. insyaAllah Aamiin.. “

” MasyaAllah comel nya sharifah. Doa dr aunty semoga Sharifah nur ainul mardhiah selamat menjalani OP nanti dan cepat sembuh dan sihat kembali insyaAllah. Aamiin.. “

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga adik Ainul cepat sembuh dan membesar dengan sihat. Semoga menjadi anak yang solehah yang membahagiakan kedua ibu bapa. Kepada Ali dan isteri, semoga tabah dengan ujian Allah ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memik0l.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Syed Ali Puteh by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..