” Doa insan itu agar kita put0s segera, agar kita tak punya cahayamata dan agar Adik (isteri) dibenc1.. “

Kongsi Video Sempena Ulangtahun Perkahwinan Ke 13, Dato’ Fazley Yaakob Dedah Isterinya Pernah Kegug0ran Sebanyak 13 Kali. Allahu Sebaknya !!

Nama penyanyi dan chef selebriti Dato’ Fazley Yaakob tidak perlu diperkenalkan lagi. Selain menyanyi, Dato’ Fazely juga pernah berlakon dan menjadi pengacara. Umum mengetahui Dato’ Fazley pernah menjuari program Master Chef Selebriti Malaysia pada tahun 2012.

Untuk pengetahuan, Dato’ Fazley berkahwin dengan isterinya, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz pada tahun 2007. Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata yang comel-comel yang diberi nama Ahmad Fariedz Shah, Ahmad Fieradz Shah, Ahmad Firudz Shah dan Alayna Selma.

Ramai yang sedia maklum, Datin Azrene merupakan anak kepada Datin Rosmah Mansur, isteri bekas Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Najib Razak melalui hasil perkahwinan Datin Rosmah dengan suami terdahulu iaitu Abdul Aziz Nong Chik.

Menerusi akaun Instagram, Dato’ Fazley menitipkan ucapan khas buat isterinya yang digelarnya sebagai ‘Adik Sayang’, sempena ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 13. Menurut Dato’ Fazley, mereka terp4ksa melalui pelbagai rintangan untuk hidup bahagia di samping isteri dan anak-anaknya.

Baca perkongsiannya di bawah :

” Selamat Ulangtahun perkahwinan yang ke-13. Buat adik sayang @azrene_ahmad , selamat ulang tahun perkahwinan kita, dimana 7 November 13 tahun yang lalu kita telahpun disatukan.

” Terlalu banyak tit1san air mata keper1tan dan kepayahan yang menit1s di antara kita serta seluruh keluarga kita.. “

” Insan yang seharusnya mendoakan kekuatan kita, hanya menjadi punca keduk4an kita. Doa insan itu agar kita put0s segera, agar kita tak punya cahayamata dan agar Adik dibenc1 ibu mertua sendiri @rsd.umi , namun Allah Maha Kuasa, 13 tahun kita bertahan.. ”

” Walaupun penuh dengan pelbagai cobaan fizikal dan mist1k, namun kita tetap utuh bak pesan arwah Bapak ‘Perkukuhkan agamamu, kuatkan kasih sayang kalian sepanjang hayat ! ‘ Agar segala g4ngguan tidak akan mampu memec4h bel4hkan kalian sekeluarga.. ”

” Kita masih bersama dan dikurniakan 4 orang cahaya mata walaupun sehingga 13 kali adik kegug0ran. Hanya Allah yang Maha mengetahui mengapa ianya berlaku.. “

” Walau cubaan demi cubaan untuk meng4nggu gug4t hubungan adik dengan ibu @rsd.umi , namun kasih sayang ibu pada adik, dan adik terhadap ibu mertua adik tetap utuh dan teguh. Doa abang, agar kita kekal tabah sehingga ke akhir hayat.. ”

” Ya benar, dia tetap mencuba pelbagai cara untuk mem1sahkan kita, namun yakin lah ALLAH MAHA BERKUASA LAGI ADIL DAN SAKSAMA. Selamat Ulangtahun ke -13 Adik sayang.. “

” Buat mereka yang berdiri teguh di belakang kami, bagi memastikan pernikahan tetap berlangsung, bersabung ny4wa, meredah cac1an dan hilang punca rezeki dan kehidupan, terima kasih tak terhingga buat kalian semua. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian semua selama ini.. ”

” Ingatlah, benteng dan kekuatan kita ada pada kesungguhan kasih sayang kita sesama keluarga dan tunggak masjid yang kita bina ini adalah keimanan serta solat kita. Love you Adik Sayang ! ”

View this post on Instagram

Buat adik sayang @azrene_ahmad , selamat ulang tahun perkahwinan kita, dimana 7 November 13 tahun yang lalu kita telahpun disatukan. Terlalu banyak titisan air mata keperitan dan kepayahan yang menitis di antara kita serta seluruh keluarga kita. Insan yang seharusnya mendoakan kekuatan kita, hanya menjadi punca kedukaan kita. Doa insan itu agar kita putus segera, agar kita tak punya cahayamata dan agar Adik dibenci ibu mertua sendiri @rsd.umi , namun Allah Maha Kuasa, 13 tahun kita bertahan. Walaupun penuh dengan pelbagai cobaan fizikal dan mistik, namun kita tetap utuh bak pesan arwah Bapak “Perkukuhkan agamamu, kuatkan kasih sayang kalian sepanjang hayat!” Agar segala gangguan tidak akan mampu memecah belahkan kalian sekeluarga. Kita masih bersama dan dikurniakan 4 orang cahaya mata walaupun sehingga 13 kali adik keguguran. Hanya Allah yang Maha mengetahui mengapa ianya berlaku. Walau cubaan demi cubaan untuk menganggu gugat hubungan adik dengan ibu @rsd.umi , namun kasih sayang ibu pada adik, dan adik terhadap ibu mertua adik tetap utuh dan teguh. Doa abang, agar kita kekal tabah sehingga ke akhir hayat. Ya benar, dia tetap mencuba pelbagai cara untuk memisahkan kita, namun yakin lah ALLAH MAHA BERKUASA LAGI ADIL DAN SAKSAMA. Selamat Ulangtahun ke -13 Adik sayang. Buat mereka yang berdiri teguh di belakang kami, bagi memastikan pernikahan tetap berlangsung, bersabung nyawa, meredah cacian dan hilang punca rezeki dan kehidupan, terima kasih tak terhingga buat kalian semua. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian semua selama ini. Ingatlah, benteng dan kekuatan kita ada pada kesungguhan kasih sayang kita sesama keluarga dan tunggak masjid yang kita bina ini adalah keimanan serta solat kita. Love you Adik Sayang! ❤️❤️❤️

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on

Rata-rata peminat mendoakan kebahagiaan pasangan bahagia ini. Ada yang sebak dengan perkongsian ini. Antara komen-komen peminat :

” Allah hu 13 kali semoga Allah beri kebahagian dan kasih sayang pd fmly dato.. “

” Allah kuasa makhluk tiada kuasa, btw azrene sangat cantik.. “

” Alhamdulillah… Jika kalau Allah tidak mengizinkn maka tidak akan terjadi… Hanya dug4an yg Allah utuskn.. Byk kn berdoa pada Allah.. “

” Happy anniversary dato and datin. semoga bahagia selamanya, been there, done that. Ya Allah hanya kita saja yg tahu ped1hnya macam mana @fazleyyaakob @azrene_ahmad.. “

” Cantik nya kak @azrene_ahmad 13 tahun dulu. Sekarang lagi bertambah cantik dengan 3 org ‘bodyguard’ dan sorang princess.. Saya follow akak sejak Akk kawen dengan dato’ @fazleyyaakob. Tahniah akak dan dato’.. moga kekal hingga ke Jannah.. “

” Happy anniversary @fazleyyaakob dn isteri semoga rumahtangga kekal bahagia hingga akhir hay4t… dn semoga Allah sentiasa melindungi Dn merahmati dato’ sekeluarga.. “

Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah. Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan selamat ulangtahun perkahwinan yang 13 buat Dato’ Fazley dan juga Datin Azrene. Semoga berbahagia di dunia dan akhirat dan sentiasa dalam lindungan Allah. Amin Ya Rabbal Alamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dato’ Fazley Yaakob by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..