” Dia punya imaginasi, mommy pregnant twin ke ? ” – Netizen

Scha Alyahya Kongsi Gambarnya Yang Dilukis Oleh Lara Alana Buat Ramai Terhibur. Amboi Tang Perut Mommy Tu Lain Macam Sungguh. Teruja Betul Bakal Kakak Ni Nak Dapat Adik Baru !!

Dua hari lau, kita dikhabarkan akan berita gembira oleh pasangan selebriti tanah air iaitu Awal Ashaari serta isterinya Scha Alyahaya bakal menimang cahaya mata kedua apabila kini  Scha disahkan hamil dan usia kandungan telah pun berusia 4 bulan. Berita tersebut dikongsikan sendiri oleh Awal menerusi akaun Instagram sempena hari lahirnya.

Video yang dirakam hampir 38 saat itu memaparkan anak sulung Awal dan Scha iaitu Lara Alana yang berkongsi berita gembira mengenai  kehamilan ibunya sambil memegang ujian kehamilan. Jelas kelihatan si cilik itu begitu teruja akan berita yang dikongsikannya itu.

Untuk rekod, Awal dan Scha telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2012. Hasil perkongsian hidup bersama, mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan, Lara Alana yang kini telah pun berusia 6 tahun. Tak lama lagi Lara bakal menjadi Kak Long.

Hasil tinjauan di akaun Instagram, Scha telah berkongsi ucapan terima kasih kepada orang ramai yang tidak henti mendoakan akan diri dan kandungannya. Selain itu, Scha juga berkongsi lukisan anaknya, Lara yang tertulis ucapan ‘Happy Pregnant Day’ buatnya.

Ikuti perkongsian Scha di bawah ini :

Hasil lukisan Lara itu turut mendapat perhatian ramai. Manakan tidak, kelihatan dalam lukisan tersebut ada ramai bayi. Antara komen-komen netizen :

” Dia punya imaginasi, mmy pregnant twin kee.. Congrats darlingsssss… Tummy mummy yang Lara lukis is so cute.. ”

” Auwwww… How wonderful… That drawing from Kakak to be… May Allah bless you and your family Scha.. Can’t wait to see your motherhood journey again… Hope u and the little unborn are in good health ya.. “

” Hahahahhahahaa tengok perut ngandung hahahahahhaaha.. “

” Senaya lara lukis berapa babies tu , macam banyak je.. “

” Banyak nya babies Lara lukis tu. Aiyokk.. “

Awal Ashaari turut memberikan komen kepada lukisan anaknya itu dan mendapat banyak likes serta komen balas daripada netizen :

Alahai memang anak yang baik dan kakak yang penyayang betul Lara ni. Comel jer lukisan dia untuk ibu tersayang. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak turut mengucapkan tahniah buat Scha atas berita gembira ini. Semoga Scha dan kandungan sentiasa sihat dan segala urusan nanti dipermudahkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Scha Alyahya

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..