” Dia ni kalau tak terjebak dengan benda-benda viral tak sah.. “

Giliran Aeril Zafrel Pula Tayang CardBoard. Namun Ayat Yang Ditulisnya Itu Buat Netizen Ketawa Terbahak-Bahak. Ada-Ada Je Aeril Ni !!

Siapa tidak kenal pelakon kacak Aeril Zafrel. Suami kepada aktress cantik Wawa Zainal ini sememangnya diminati dan dikejar-kejar peminat wanitanya. Kekacakan wajahnya sering membuatkan ramai yang jat0h hati dan menjadikan beliau salah seorang aktor kacak popular di Malaysia.

Aeril atau nama sebenarnya Suhairil bin Sunari dilahirkan pada tanggal 2 Disember 1988. Bakatnya mula dicungkil menerusi drama bersiri Kisah Kaisara yang menggandingkannya bersama pelakon comel Sari Yanti. Nama Aeril juga memuncak naik apabila lakonan hebatnya dalam drama Cinta Jannah.

Penghayatan dan penjiwaan watak yang dilakonkannya itu berjaya membuatkan penonton menitiskan airmata. Aeril mendirikan rumahtangga bersama Wawa pada tahun 2013 dan sehingga kini mereka telahpun dikurniakan tiga orang cahayamata bernama Attar, Hayla dan Ayya Soffya.

Menerusi akaun Instagram, Aeril Zafrek telah berkongsikan sekeping gambarnya memegang sekeping board gabus dengan tulisan yang melucukan. Viral sekarang tentang trend memaparkan pesanan di cardboard sehinggakan ramai artis lain juga turut terjebak. Tapi yang Aeril punya versi lain macam betul !!

Jom baca kapsyen di bawah :

” Nak buat jugakla.. “

View this post on Instagram

Nak buat jgakla….

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on

Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” Oo kotak ingatkan kuota.. “

” Dia ni kan.. Rasa nak tamp0r.. “

” Kotak tak penting yang pegang kotak tu penting.. “

” Kelakarla dia ni.. “

” Ko ni bang. Bukan-bukan perangainya.. Hahaha.. “

” Hahahaha ok serius yang ni paling win!.. “

” Sejak bila laaa jadi pelawak @aeril_zafrel ni… Kalau tak buat netizen ketawa tak boleh laaa kan.. “

” Dia ni kalau tak terjebak dengan benda-benda viral tak sah.. “

Lucu abis ayat Aeril ni. Mahu tak ketawa netizen style dia membaham orang tu lain macam je. Dah boleh masuk Maharaja Lawak ni Aeril. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat maju jaya buat Aeril di dalam lakonan dan perniagaannya, semoga success selalu. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aeril Zafrel by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK/ CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..