” Dia minta 2 hari lepas. Tapi ralatnya hati makcik.. “

Video Ibu Abam Bocey Luah Rasa Terkilan Tidak Dapat Tunaikan Permintaan Terakhir Abam. Allahu.. Sebaknya !!

Siapa menyangka pelawak negara Abam Bocey akan pergi meninggalkan dunia seawal ini. Sudah tertulis rencana Allah untuk Abam, tanggal 10 Februari 2020 arw4h dijemput pulang pada penciptaNya. Hanya linangan airmata mengiringi pemergian Abam yang amat disenangi ramai ini.

Kebaikannya tidak pernah ditonjolkan, budi ihsannya menjaga ibunda tercinta menjadi contoh dan inspirasi kepada ramai. Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan dilahirkan pada tanggal 19 Januari 1988.

Baru sahaja menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 32 tahun bulan lalu, Abam seorang yang ceria dan suka menghiburkan hati orang disekelilingnya. Apatah lagi layanan yang diberikan kepada ibunya Rosbiah Arshad selalu mengusik jiwa.

Pernah memberitahu mahu berbakti kepada ibunya itu selagi hayat dikandung badan, Abam rela mengetepikan kepentingan dirinya demi untuk membahagiakan ibu dan memberikan ibunya keselesaan dan kesenangan. Betapa mulianya hati seorang anak bernama Abam.

Menerusi akaun Instagram Meloditv3 Official, telah dikongsikan satu video temuramah bersama ibu kepada arw4h Abam Bocey iaitu Puan Rosbiah. Juraian airmata mengiringi ceritanya tentang keinginan Abam untuk makan masakan hasil air tangan beliau. Sayunya hati seorang ibu !

Jom tonton video di bawah :

” Allahyarham Abam Bocey tak sempat nak makan masakan gulai siput dan sambal sotong – Ibu.. “

Rata-rata netizen sebak dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” Kita semua sedih, tapi hati seorang mak sedihnya tak terkata… Semoga mak arwah diberi kekuatan Dan kesabaran yang tinggi… “

” Abam seorang anak yang baik. InshaAllah syurga tempat beliau. Aamiin.. “

” Ya Allah sebaknya.. Patut mak ayah aku selalu cakap bagi seorang mak dan ayah ni dia rela dia pergi dulu sebelum anak-anak.. Dia orang cakap tak sama perasaan seorang anak kehilangan orang tua dengan perasaan mak ayah yang kehilangan anak.. “

” Pilu seorang ibu.. “

” Kering dah air mata mak arw4h dari pagi menangis. Semoga keluarga arw4h tabah.. “

Berat mata memandang berat lagi bahu yang mem1kul. Betapa besar dugaan seorang ibu untuk menghadapi dugaan ini. Namun segalanya telah tertulis. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Puan Sabariah sekeluarga diberi ketabahan dan kekuatan untuk menghadapi hari-hari mendatang. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Melodi TV3, IG Sinar_my, IG Abam Bocey by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK/ CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..