” Dia kata masukkan flour tu dengan rambut-rambut sekali nak masuk mangkuk.. ” – Netizen

Video Anak Kembar Datin Paduka Eina Azman, Aubrey Dan Karl Buat Pancake Tower Buat Netizen Terhibur. Part Aubrey Sebut Masukkan ‘ Flour ‘ Tu Aduhai Melentok Hab1s. Memang  Comel Sangat !!

Nama Datin Paduka Eina Azman tidak as1ng lagi di kalangan peminat-peminat tanahair ini. Dar4h seni yang mengalir dalam tubuhnya diwarisi daripada ibu saudaranya iaitu penyanyai dan guru vokal terkenal iaitu Juliza Adlizan. Beliau merupakan anak jati Temerloh, Pahang.

Eina Azman suka berkongsikan resepi masakan di laman Instagramnya. Beliau dikenali dengan tag line ‘ Its done’ itu dilihat sangat cekap dan tidak kekok apabila memasak di dapur. Masakan yang dihasilkan oleh beliau adalah khas untuk suaminya tercinta, Datuk Paduka Kaiser. Selain itu beliau juga memasak untuk teman-temannya.

Minat dan bakat memasak ini bukan sahaja ada pada diri Eina Azman, malah anak kembarnya, Arianna Aubrey dan Karl Kareef juga turut beraksi di dapur dengan pelbagai resepi. Keletah comel dan petah bercakap dengan aksi yang comel sangat mencuit hati netizen.

Terbaru, menerusi laman Instagram milik Aubrey Karl, sebuah video telah dimuatnaik. Video tersebut memaparkan pasangan adik beradik kembar ini membuat Pancake Tower. Kelihatan mereka sangat ceria sambil memberitahu bahan-bahan untuk membuatnya.

Paling melucukan gelagat mereka ketika memberitahu bahan-bahannya, di mana bila bercakap mata mereka memandang ke arah kamera dan tangan pula beraksi. Hebat sungguh seperti tukang masak profesional. Lagi mempesonakan aksi Aubrey dengan kepalanya melent0k ketika bercakap sangat mencuit hati.

Jom lihat aksi comel pasangan kembar ini memasak pada video di bawah ini :

View this post on Instagram

Pancake Tower by @aubreykarl 😀

A post shared by AriannaAubrey | KarlKareef (@aubreykarl) on

Tinjauan di ruang komen, seperti kebiasaan netizen memuji kecomelan adik beradik kembar ini. Ini antara komen-komen pujian yang dit1nggalkan mereka di bawah posting tersebut :

” Comel, mata pndang Kamera, tangan jalan, So cute both of them, just like doll.. “

” Kacau, kacau, trademark dua beradik comel ni, pipi meh sini aunty nk cubit boleh tak.. “

” Kalau gegirl tu mmg la ayu manje² gitu, Karl woww Control macho walaupn main masak² hihihihi, Comel je.. “

” Ger4mnyaaa, rasa nk gig1ttttt jerr cerdik sungguh, twin carta teratas ni.. “

” Dia kata masukkan flour tu dengan rambut rambut sekali nak masuk mangkuk hahaha. Comelnyaaa!!!! “

Wahh tak pernah tak comel pasangan kembar ini. Gelagat mereka berdua ini sentiasa menghiburkan sesiapa sahaja yang melihatnya. Ada sahaja gelagat mereka yang mencuit hati. Semoga Aubrey dan Karl membesar dengan sihat, menjadi insan berguna dan berjasa kepada daddy dan mummy. InshaAllah..

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aubrey Karl, Eina Azman

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..