” Dia buat pulak. Esok kena bahan laa Shuk weh.. ” – Netizen

Video Shuk Sahar Tersilap Faham Perkataan Bahasa Inggeris Di ICSYVMY3 Menghiburkan Ramai. Bunyi Hampir Sama Tapi Jauh Tu Shuk Maksudnya. Amboi Kemain Mark Adam, Gelak Sakan Yer !!

Nama Shuk Sahar bukan asing lagi. Selain pelawak dan pelakon, Shuk juga penyampai radio di stesen H0t FM. Bergandingan bersama Shuib Sepahtu dan Fizie, slot Geng Pagi H0t mereka menjadi antara siaran diminati ramai pendengar.

Menjadi antara pengacara lelaki popular kini, banyak program yang menggunakan khidmat Shuk sebagai hos. Antaranya I Can See Your Voice Malaysia. Program hiburan yang bersiaran setiap Ahad ini masih mengekalkan Shuk san Sean Lee sebagai pengacara.

Jika beberapa minggu lalu, Shuk dibahan kerana ayat peserta yang juga ahli keluarganya yang mengatakan Shuk ‘Pengacara Terkenal’, kali ini Shuk menjadi bahan gurauan lagi. Minggu ini menyaksikan penyanyi lagu drama Sweet Dreams, Neeta Manisha menjadi artis jemputan.

Meninjau akaun Instagram Shuk Sahar, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan ketika program ICSYVMY3 sedang berlangsung. Neeta yang memberikan keputusannya dan bercakap dalam bahasa Inggeris buat Shuk tersilap dengar antara perkataan face dan faith. Habis semua bantai gelakkan Shuk.

Jom tonton video di bawah :

S1lap faham Shuk ini menghiburkan dan mendapat perhatian netizen. Antara komen-komen mereka :

” Aduuuuu buat hal la shuk hahahaha . lawak la.. “

” Alaa malunye.. xpe2 brlgak phm xpe syuk.. jnji yakin.. “

” At least shuk mencuba. Confident tu penting shuk.. “

” Shuk tiap minggu kene bahan hahaha. Yakin tu penting.. “

” Dia buat pulakk. esok kena bahan laa Shuk weh.. “

” Sebutan dy mmg jelas dgn “face”.. Face n faith ada beza hujung tu.. Bole jd dy mmg nak sebut faith tp tsasul ke face… So btlla apa shuk dgr tu.. “

” Tp pompuan ni sbt pun mmg bunyi face. 5 kali aku ulang dgr.. “

Alahai Shuk ada-ada je kan lawak spontannya. Sampai sakan Mark Adam gelak tu. Tapi ada juga yang dengar sebutan macam ‘face’. Apa pun, confident Shuk tu bagus. Semoga Shuk sentiasa ceria, berjaya dalam karier seninya dan terus menghiburkan peminat di masa akan datang. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Shuk Sahar

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..