Di Sebalik Tangis4n Luis Suarez Ini, Selain Peru Ada Lagi Sebuah Negara Yang Sangat Merayakannya Kesed1hannya!

Bintang bolasepak Uruguay, Luis Suarez pasti merasa sangat bersalah atas kekalahan Uruguay dalam perlawanan Suku Akhir bertemu Peru pada kejohanan Copa America 2019. Ini disebabkan , Suarez yang menjadi bintang harapan Uruguay, gagal melakukan tugasnya dalam tendangan penalti.

Perlawanan itu perlu diakhiri dengan penentuan sepakan penalti selepas masa perlawanan tamat dengan kedua-dua pasukan bermain seri pada pertemuan penuh dramatis tersebut yang berlagsung di Arena Fonte Nova, Salvador, pada pagi Ahad lalu waktu Malaysia (30/6).

Suarez yang melakukan sepakan pertama gagal memasukkan bola ke dalam pintu gol. Selepas gagal melakukan tugasnya, dapat dilihat pada rakaman kamera, Suaraez terus menjadi tidak keruan. Dia p4nik dan berdebar-debar melihat tendangan rakan-rakannya.

Semua rakan sepasukannya berjaya memasukkan bola kecuali dirinya manakala bagi pasukan Peru, kesemua pemain yang mengambil sepakan penalti berjaya melakukan tugas mereka.

Ini membuatkan keduduka akhir menjadi 5-4 yang menyebelahi kepada pasukan Peru. Dapat dilihat Suarez menangis teresak-esak dan ditenangkan oleh rakan-rakannya tidak ketinggalan ketua pasukan Uruguay, Diego Godin.

Suarez merasa sangat bers4lah dengan kekalahan ini. Di saat pasukan Peru merayakan kemenangan mereka, dapat dilihat Suarez bangun dari tempat duduknya. Dia kemudian ditenangkan oleh rakan-rakannya untuk masuk ke bilik pemain.

Sebenarnya pasukan Uruguay bermain baik dan sempat menjaringkan tiga gol ke dalam jaring Peru tetapi gol-gol tersebut telah tidak disahkan selepas VAR ( sistem rakaman video) menujukkan gol-gol tersebut berbau Offside.

Tetapi di sebalik kekalahan Suarez itu, selain Peru ada negara yang juga turut merayakan tangisan Luis Suarez itu. Tidak lain negara itu adalah Ghana yang tewas dalam suku akhir kejohanan Piala Dunia 2010.

Penyerang Barcelona memainkan peranan penting yang menyebabkan Ghana gagal ke separuh akhir pada Piala Dunia edisi 2010 itu. Pada minit-minit terakhir, Suarez dengan sengaja menahan bola yang menuju tepat ke gawang yang dapat menghantar pasukan Afrika ke separuh akhir terakhir untuk pertama kalinya dalam Piala Dunia.

Walaupun dia ditunjukkan kad merah tetapi Ghana kalah dalam penentuan sepakan penalti dan orang yang pling gembira pada ketika itu adalah tidak lain adalah Luis Suarez.

Terima Kasih kerana Membaca. Silakan SHARE Ya!

Disediakan Dan Disusun Oleh Berita Kopak / Content Media