Di Kampung Yang Terpencil Dan Jauh Dari Orang Ramai Di Siberia Ini

Lelaki Tua Berusia 66 Tahun Ini Adalah Satu-Satunya Penduduk Yang Masih Tinggal

Kita biasa melihat di media sosial kisah seseorang yang cuba hidup seorang diri di sesuatu tempat. Ada yang cuba merasai hidup seorang diri di dalam hutan dan ada juga yang cuba tinggal  di gurun yang gers4ng.

Mereka akan merakamkan detik tersebut sambil berkongsi pengalaman mereka, kemudian akan dimuatnaik di media sosial untuk dit0nton oleh orang ramai yang ingin mengetahui bagaimana suasana hidup di sesebuah tempat yang jauh dari orang ramai.

Tetapi bagi seorang lelaki yang sudah berusia 66 tahun bernama Mikhail Baburin ini, dia adalah seorang penduduk yang melalui hidup seorang diri di sebuah tempat yang tidak mampu lagi diduduki oleh manusia lain.

Beliau adalah penduduk terakhir di sebuah kampung terpenc1l di Siberia, iaitu kampung Mikhailovka. Bayangkan di kampung tersebut, purata suhunya adalah -5 derajat Celcius !


Foto : Ins1der

Baburin adalah penduduk asal kampung tersebut dan adalah seorang bekas tentera laut. Selain itu beliau pernah bekerja di kapal dan pada tahun 2000, Bubarin mengambil keputusan untuk kembali ke kampung halamannya.


Foto : Ins1der

Sikapnya yang gemar hidup tenang dan jauh dari hir0k pik0k keb1s1ngan bandar membuatkan dia merasa betah tinggal di kampung yang terpenc1l itu. Beliau rela berjauhan dan hidup seorang diri dan beliau sangat menikmati dengan apa yang dilakukannya itu.


Foto : Ins1der

Selama hampir dua dekad ini beliau hidup di kampung tersebut dan hanya ditemani oleh bebrapa ekor haiwan peliharaannya. Salah satunya adalah seekor kucing yang bernama Marquis dan seekor anjung yang bernama Sever.

Baburin sebenarnya hidup dengan penuh kesederhanaan. Segala-galanya dilakukan dengan menggunakan cara manual dan lama. Untuk mendapatkan air bersih, Baburin mengg4li pergi dan menyimpannya di dalam sebuah bekas.


Foto : Ins1der

Beliau juga menjahit pakaian dengan menggunakan mesin jahit manualnya yang menggunakan kaki. Di samping itu, beliau juga menanam sedikit jerami untuk makanan beliau dan haiwan peliharaannya.


Foto : Ins1der

Pada masa-masa lapang, Baburin gemar menghabiskan masa dengan membaca buku sambil mengh4ngatkan diri di ruang rumahnya yang dipan4skan dengan menggunakan peman4s tradisional.

Tidak ramai orang yang ingin hidup seperti Baburin ini. Jauh dari orang ramai dan seorang diri tanpa ditemani sesiapa. Tetapi beliau sangat menikmati apa yang dilakukannya. Tenang dan jauh dari hal-hal duniawi.

Terima Kasih kerana Membaca. Silakan SHARE Ya!

Disediakan dan Disusun Oleh Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..