” Depan mak ayah, jangan buka phone.. ” – Perkongsian Ustaz Ebit Lew Buat Ramai Netizen Yang Sent4p !!

Dengan tagline ‘keluarga sunnah’, dan sentiasa menyeru umat Islam untuk mengikut cara hidup Baginda Nabi SAW, sudah cukup membuatkan Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew atau nama komersialnya ‘Ustaz Ebit Lew‘ disegani dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Beliau pernah berkongsi cerita dengan para pendengar mengenai kehidupan yang dilaluinya sehingga berada pada tahap kini di ruang radio Ikim.fm dalam Slot Islam Agamaku. Sungguh, siapa sangka beliau yang asalnya berketurunan Cina ini dijentik dengan hidayah Allah SWT ketika berusia 12 tahun.

Beritahu ustaz Ebit Liew ketika kecil, beliau tidak dibesarkan dengan ajaran Islam sepenuhnya. Di sekolah juga, dia seorang murid yang nakal, selalu mencari pasal dan menjadi murid yang tidak digemari oleh guru-guru. Nakal sangatlah pendek katanya.

Hinggalah pada suatu hari, ketika berusia 12 tahun, seorang guru matematiknya telah berjaya mengetuk pintu hatinya berkaitan tentang tak solat dan membuatkan dia menangis dan menginsafi dirinya .

Kini beliau menjadi seorang penceramah yang sangat di segani, ramai yang sangat suka bila mendengar cerita Ustaz Ebit Lew lagi-lagi soal Rasullulah. Cerita yang dibawakan jelas dan penuh pengajaran di samping di selitkan unsur-unsur jenaka.

Menerusi akaun instagram, Ustaz Ebit Lew berkongsi video tentang penggunaan telefon yang memberi kesan terhadap keluarga pada masa ini.  Jom tonton video di bawah :

” Semasa keluarga sunnah soalan paling banyak dari wanita dan ramai mereka menangis bertanya bagaimana nak tarik perhatian suami supaya suami tidak sibuk tengok whassap dan hp jer? 7 pagi keluar rumah balik 7 petang. Tengok hp 8 mlm sampai 2 pagi… “

” Betapa mereka rindukan suami yang mereka telah dinikahkan dan yang mereka cintai. Mereka sibuk urus keluarga dan anak-anak 24 jam. Sampai rumah sibuk pegang hp.

” Lepas tu baru sekejap di rumah dah keluar rumah. Asyik mengadap phone jer. Bila panggil suami tak pernah menyahut. Bila bercakap tak mahu dengar. Anak-anak semua kena marah bila ajak bermain. Begitulah sehingga isteri bawa anak-anak tidur.. ” 

” Begitu juga keluhan anak-anak. Mereka rindukan ibu bapa mereka. Sedihnya mak ayah dulu sibuk doakan anak-anak. Sekarang tak sempat pandang muka anak-anak. Begitu juga anak-anak hari ini. “

” Buat suami dan diri saya sendiri. Fikirkanlah isteri berusaha nak menambat hati kita. Kita juga haruslah fikir untuk menambat hati mereka. Menawan hati mereka. Hargai dan sayangi mereka. Baca Al-Quran dan Hadis bersama isteri dan anak-anak. “

“Al-Quran dan Hadis membuat hidup keluarga kita tenang.. rumah kita menjadi seperti Bintang yang bercahaya disisi penghuni langit. “

” Beli dulang makan bersama-sama satu bekas paling kurang sehari sekali. Suapkan isteri dan anak-anak.. Berkasih sayang semasa makan. Sebuah keluarga selalu bergaduh Nabi saw ajar makan berjemaah. Hati jadi rapat. Makan dan rasa air tangan satu sama lain. Tiada jurang lagi. Rasa satu hati. Satu jiwa. Satu keluarga. “

” Beli beg, masa bersama keluarga ambil semua HP simpan dalam beg manggakan. Ilmu dan semua cerita boleh bincang bersama keluarga.. Allah merahmati keluarga berkasih sayang. Allah beri rezeki melimpah ruah dan rezeki kesihatan dan panjang umur.. “

” Waktu Maghrib beli kain kap3n balut tv sampai 9.30 mlm. Innalilahi wa inna ilaihi rajiun. Itu masa berharga bersama keluarga. Prime time bukan untuk tv tapi untuk kenal Allah dan Nabi SAW kepada ahli keluarga melalui Ta’lim dan Majlis ilmu.. – Ebit Lew “

View this post on Instagram

Semasa keluarga sunnah soalan paling banyak dari wanita dan ramai mereka menangis bertanya bagaimana nak tarik perhatian suami supaya suami tidak sibuk tengok whassap dan hp jer? 7pagi keluar rumah balik 7 petang. Tengok hp 8mlm sampai 2 pagi. Betapa mereka rindukan suami yang mereka telah dinikahkan dan yang mereka cintai. Mereka sibuk urus keluarga dan anak-anak 24 jam. Sampai rumah sibuk pegang hp. Lepas tu baru sekejap di rumah dah keluar rumah. Asyik mengadap phone jer. Bila panggil suami tak pernah menyahut. Bila bercakap tak mahu dengar. . Anak-anak semua kena marah bila ajak bermain. Begitulah sehingga isteri bawa anak-anak tidur. Begitu juga keluhan anak-anak. Mereka rindukan ibubapa mereka. Sedihnya mak ayah dulu sibuk doakan anak-anak. Sekarang tak sempat pandang muka anak-anak. Begitu juga anak-anak hari ini. Buat suami dan diri saya sendiri. Fikirkanlah isteri berusaha nak menambat hati kita. Kita juga haruslah fikir untuk menambat hati mereka. Menawan hati mereka. Hargai dan sayangi mereka. Baca Al-Quran dan Hadis bersama isteri dan anak-anak. Al-Quran dan Hadis membuat hidup keluarga kita tenang..rumah kita menjadi seperti Bintang yang bercahaya disisi penghuni langit. Beli dulang makan bersama-sama satu bekas paling kurang sehari sekali. Suapkan isteri dan anak-anak.. Berkasih sayang semasa makan. Sebuah keluarga selalu bergaduh Nabi saw ajar makan berjemaah. Hati jadi rapat. Makan dan rasa air tangan satu sama lain. Tiada jurang lagi. Rasa satu hati. Satu jiwa. Satu keluarga. Beli beg, masa bersama keluarga ambil semua hp simpan dalam beg manggakan. Ilmu dan semua cerita boleh bincang bersama keluarga..Allah merahamti keluarga berkasih sayang. Allah beri rezeki melimpah ruah dan rezeki kesihatan dan panjang umur. Waktu Maghrib beli kain kapan balut tv sampai 9.30mlm. Innalilahi wa inna ilaihi rajiun. Itu masa berharga bersama keluarga. Prime time bukan untuk tv tapi untuk kenal Allah dan Nabi saw kepada ahli keluarga melalui Ta'lim dan Majlis ilmu..-ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Rata-rata netizen bersetuju dengan kata-kata Ustaz Ebit Lew. Antara komen-komen netizen :

” Betul sekali ustadz… Orang tua menjadi amanah kadang, anak jd kurang hormat sebab focus phone..  “

” Alhamdulillah.. Memang saya amalkan.. Bila duduk ngn orang.. Tlg jgn men fon.. Org tu.. Nk ckp ngn kita.. Bukan nk ckp ngn dinding..  lgpon.. Bapak saya pant4ng tgk anak2 men fon.. “

” Sekarang nih ustaz bkn kita yang handphone tapi handphone yg gunakan kita.. handphone yg jaga anak2 kita.. “

” Setuju2. Kalau depan mak ayah mmg tak bukak phone. Kadang ada gathering dgn family sedara mara pun tak bukak phone. Masa tu pendek peluang nak berjumpa pun tk selalu. Org zaman skrg ni kalau berpisah dgn hp bole mati agaknya. “

” Allahu, tersent4p dengan video ni. lepas ni cuba tak pegang phone depan parents. Tak nak Allah tarik nikmat bahagia nan parents. “

Terima kasih Ustaz Ebit Lew atas perkongsian. Semoga memberi manfaat dan pengajaran untuk kita semua.

Silakan SHARE :

Sumber : IG Ebit Lew by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan.