Dengan Menjual Melalui ‘Lubang’ Yang Ditebok Ini Sahaja, Peniaga Ini Mendapat Untung Hampir RM300 Sehari!

Sebuah gerai makanan di daerah Grand Lucky, Indonesia menjadi viral dan terkenal kerana hanya menyediakan makanan dari sebuah lubang sahaja. Gerai yang diberi nama nasi rames Mbok Rini itu yang berada di dalam sebuah kawasan pembinaan telah menjadi terkenal selepas pertama kali dimuatnaik di akaun twiiter @gembiraputra.

Dipetik dari laman B00mbastis. com yang telah menemubual pemilik gerai itu yang bernama Rini. Rini yang berumur 4o tahun mengatakan yang pada mulanya dia mengambil keputusan untuk meneb0k lubang pada gerai itu adalah untuk memudahkan pembeli yang datang supaya tidak melompat pembatas.

Dia tidak menjangka, usahanya itu telah membuatkan hasil apabila dia yang hanya menjual nasi rames, boleh mendapatkan keuntungan mencecah sehingga 1 juta Rupiah (RM 287)  untuk sehari. Kebanyakan pelanggan gerainya adalah pekerja-pekerja pembinaaan yang berada berdekatan di dalam kawasan tersebut.


Kredit gambar : B00mbastis .com

Rupa-rupanya di kawasan itu, bukan sahaja Rini uyang telah meneb0k dinding. Ada beberapa gerai lagi yang menerapkan konsep sana untuk memudahkan para pelanggannya. Bagaimanapun, menu yang dijual adalah berbeza-beza.

Menurut laman itu, menjadi peniaga yang menjual melalui lubang juga mempunyai cabarannya. Oleh kerana kebanyakkan gerai itu berada di dalam kawasan pembinaan, kebanyakkan pelanggan mereka hanya terdiri daripada pekerja-pekerja kontrak. Yang jadi masalahnya kebanyakkan dari mereka datang ke situ untuk makan dan berhut4ng.


Kredit gambar : B00mbastis .com

Jadi, mahu tidak mahu kebanyakkan peniaga di situ tetap menerima mereka.  “Iya, jika tidak diberi makan dan berhutang kasihan juga melihatnya.” Kata salah seorang peniaga. Ada juga pekerja yang sedang makan terpaksa meningg4lkan makanan kerana dipanggil oleh majikan mereka. “Jadi, mereka meningg4lkannya sebelum dibayar.”. Tambahnya lagi


Kredit gambar : B00mbastis .com

Bagaimanapun perkara tersebut sudah menjadi kebiasaan bagi ramai peniaga di situ. Mereka hanya mencatatnya di dalam buku hutang jika pelanggannya mahu berhutang. Mereka akan mengikhlaskannya jika pekerja itu tidak kembali lagi untuk membayar hutang mereka. “Anggap sahaja ianya sebagai sedekah, pasti ada rezeki lain nanti.”Kata seorang peniaga.

Terima Kasih kerana Membaca. Silakan SHARE Ya !

Disediakan Dan Disusun oleh Berita Kopak / Content Media

Sumber : Boombastis