Dengan Kekayaan Mencecah USD100 Bilion, Beliau Adalah Orang Nombor Dua TERKAYA Di Dunia.

Tetapi Beliau Tetap Berbaris Dan Beratur Hanya Semata-Mata untuk Membeli Burger!

Siapa yang tidak kenal dengan Bill Gates, iaitu salah seorang manusia yang terkaya di dunia. Mengikut senarai yang dikeluarkan oleh Forbes, dengan aset terkumpul bernilai USD 96.5 Billion, Bill Gates menduduki tangga kedua dalam senarai orang yang terkaya di dunia.

Bayangkan anda berada di tempatnya sekarang. Tentu kita akan duduk goyang kaki sahaja di rumah menunggu apa-apa sahaja sampai di depan muka. Dengan duit sebanyak itu, cukup dengan mengupah orang sahaja melakukan apa sahaja bukan?.

Tetapi sebuah foto yang dimuatnaik di media sosial menunjukkan Bill Gates sedang beratur untuk membeli Burger di sebuah gerai burger di tepi jalan. Foto tersebut yang dimuatnaik oleh seorang lelaki bernama Mike Galos, iaitu bekas pekerja syarikat yang diasaskan oleh Bill Gates, Microsoft.

Mike Galos memuatnaik foto tersebut di facebooknya dengan disertakan status yang bertulis “Ketika kekayaan anda bernilai $100 bilion, membuat kebajikan terbesar dalam sejarah dunia dan beratur untuk burger, kentang goreng dan minuman seperti kita semua,” tulis Galos dalam caption foto tersebut yang dimuatnaik di dalam sebuah grup tertutup.

Sumber : Mike Galos Facebook

Dengan duit simpanan sebanyak itu, beliau bila-bila sahaja boleh duduk di rumah atau menunggu di kereta dan menyuruh pekerja atau pembantunya membeli burger tetapi beliau telah menunjukkan kepada dunia bahawa kesederhanaan itu adalah sifat dirinya.

Dengan memakai sweater merah, seluar kelabu dan berkasut hitam, beliau seperti insan lain beratur menunggu giliran untuk membeli burger di D1ck’s Drive-In di Seattle. Seperti dipetik dari Daily Mail, burger yang dibeli oleh Bill Gates termasuk minuman dan kentang goreng berharga USD 7.69 ataupun lebih kurang RM30 lebih.

Sumber : Mike Galos Facebook / Daily Mail

Foto yang dimuatnaik oleh Mike Galos itu telah dikongsi oleh ramai netizen yang merasa kagum melihat manusia yang pernah menduduki tempat pertama sebagai manusia terkaya di dunia sanggup beratur dan berbaris hanya semata-mata untuk membeli burger.

Mike menambah bahawa Bill Gates adalah seorang manusia yang sangat sederhana dan seorang yang merendah diri. Walaupun kekayaannya yang melimpah ruah, tetap tidak membuatkan Bill Gates seorang yang tinggi diri dan menunjukkan hartanya.

Beliau menjadi contoh yang baik bahawa, manusia itu hendaklah senantiasa merendah diri dan beserderhana dalam sesuatu perkara. Jadilah seorang yang tidak pernah melupakan daratan kerana tiada apa yang kekal di dunia ini.

Beliau menunjukkan yang orang kaya yang sejati adalah yang tidak pernah menunjukkan kekayaannya. Beliau bukan sahaja kaya harta, tetapi kaya dengan sifat rendah diri!

Terima Kasih Kerana Membaca. Silakan SHARE Ya!

Disediakan Oleh Berita Kopak / Content Media