” Dengan aku sekali ikut aaaa Apo aaaapol. Haha.. “

Sari Yanti Kongsi Video Gelagat Anaknya Dariya Inara Belajar Menyebut Perkataan Buat Netizen Terhibur. Alahai Dariya Kecik-Kecik Dah Pandai Buat Lawak. Anak Abah Betul La !!

Dariya Inara binti Mohd Nadzri, si comel bermata bulat ini antara anak selebriti yang mendapat perhatian peminat. Anak kepada pasangan Jep Sepahtu dan Sari Yanti ini dilahirkan pada 25 April 2018. Dariya adalah anak pertama bagi Jep manakala anak ketiga bagi Sari Yanti di mana Sari pernah berkahwin sebelum ini dan memiliki dua orang anak lelaki bernama Basit Al Haq dan Barr Al Aliy.

Sejak dari lahir lagi, Dariya sudahpun mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Ditambah lagi gambar-gambar comelnya yang sering dikongsikan oleh abahnya Jep yang disertakan dengan kapsyen mencuit hati sering membuat peminat ketawa.

Kelahiran Dariya membawa perubahan dalam kehidupan Jep dan menjadikan Jep contoh ayah terbaik bukan sahaja terhadap Dariya, malahan juga terhadar Basit dan Barr. Dariya yang bakal menjangkau usia 2 tahun April nanti, bakal bergelar ‘kakak’ kerana Sari sedang hamil yang kini sudahpun 6 bulan usia kandungannya.

Menerusi akaun Instagram, Sari Yanti telah berkongsikan satu video di mana kelihatan Dariya Inara sedang mencuba menyebut perkataan Apple. Gelagatnya yang comel dengan mata bulat yang dimiliki buat netizen ger4m melihatnya. Comel sangat a a a dia. Bunyi macam cakap nogori pun ye ni. Apooo !

Jom tonton video di bawah :

View this post on Instagram

🍎🍏

A post shared by Sari Yanti (@sariyanti) on

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Dariya ini. Antara komen-komen netizen :

” Dengan aku sekali ikut aaaa Apo aaaapol.. Haha.. “

” Muka jeppppp.. Mata Sari.. “

” The most cutest β€˜apple’ pronunciation.. “

” Alaaaa comel je .. Macam sak1t tekak pon ada.. “

” Ni mesti dengar lagu A for apple, a a a a apple.. “

” Sedap bunyi dia sebut apple.. “

” Sape yang tengok ikut sama sebut a a a a a aaaaa.. “

” Perghhh slang british.. Hahaha.. “

Alahai Dariya lawak sungguh aih. Yang tengok pun sampai terikut sama siap terlopong-lopong la mulut sebut a a a apoo. Kelakar macam abah ni. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Dariya membesar menjadi anak yang bijak dan solehah buat kedua ibu bapa. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sari Yanti by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK/ CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..