Demi Mencari Wanita Yang Dijumpainya Di Dalam Keretapi

Pemuda Ini Telah Menampal 4000 Keping Poster Gambar Dirinya Sendiri Di Serata Tempat

Apabila seorang lelaki telah jat0h hati pada seorang wanita, pasti dia akan melakukan apa sahaja demi untuk memikat hati wanita tersebut. Seorang lelaki akan berusaha sebaik-baiknya bagi menunjukkan kekuatan cintanya itu.

Begitulah yang dilakukan oleh seorang pemuda di negara India ini. Kisahnya telah mendapat perhatian di seluruh dunia kerana usahanya yang boleh dikatakan unik dan tidak pernah dilakukan oleh orang lain lagi sebelum ini.

Seperti dipetik dari laman berita Times 0f India, Biswajit Podder, 29 tahun adalah seorang pemuda yang berasal dari Kolkata. Beliau adalah seorang pekerja kerajaan di daerah Behala. Satu hari ketika pulang dari kerjanya, beliau telah terpikat dengan seorang gadis di dalam keretapi yang dinaikinya.


Foto : Times 0f India

Kerana tidak dapat melupakan gadis yang dijumpainya itu, pemuda ini telah membuat filem pendek mengenai kisahnya itu yang kemudian dimuatnaik di saluran Youtube. Dia juga telah mencetak 4000 poster dan menampalkannya di merata tempat bagi mencari ‘kekasih’nya itu.

Di dalam poster tersebut, Biswajit memakai pakaian yang sama dengan apa yang dipakainya pada hari dia bertemu wanita tersebut


Foto : Times 0f India

Dipetik dari 0ddity Central, Biswajit menceritakan kej4dian tersebut. Semasa dalam perjalanan pulang dari bekerja dengan keretapi, seorang gadis dengan bapanya duduk berhadapan dirinya. Dari situlah dia terpikat melihat kecantikan gadis tersebut.

Namun, setelah lama memandang, wanita itu sedar dengan pandangan dari Biswajit dan memberikan re4ksi tidak suka dengan renungannya. Tidak berapa lama kemudian, mereka berdua turun di stesen keretapi dan menaiki keretapi lain. Kebetulan gadis tersebut bersama bapanya sekali lagi mengambil kerusi di hadapan Biswajit.

“ Kali ini kami saling melirik dan saya menyedari dia juga sedang menatap saya. Kami menghabiskan dua jam berikutnya dari perjalanan itu dengan bertukar pandangan dan, terkadang, tersenyum.. “

” Saya dapat mendengar dari perbualan mereka, mereka berasal dari Konnagar. Namun, saya juga mendengar mereka menyebutkan Bally di Kali,” kata Biswajit seperti dipetik dari 0ddity Central.


Foto : 0ddity Central

Pada mulanya Biswajit berusaha untuk mendapatkan nombor telefon dari wanita tersebut tetapi wanita tersebut kelihatan tak0t dengan lelaki tua yang berada bersamanya. Dan Biswajit tidak berjaya mendapatkan nombor telefon dari wanita tersebut.

“ Ketika dia turun di Konnagar, saya memberi isyarat meminta nombor telefonnya. Dia juga memberi isyarat bahwa dia ingin memberitahu tetapi tak0t dengan lelaki tua yang bersamanya. Lalu dia cuba memberitahu sesuatu melalui isyarat dari mulutnya tetapi saya tak dapat membaca apa yang ingin disampaikannya,” beritahu Biswajit.

Begitulah kisah Biswajit yang tidak put0s asa untuk mencari wanita yang menamb4t hatinya. Dia telah jat0h cinta dan percaya dengan caranya itu dia mampu menjumpai kembali ‘kekasihnya’itu.

Terima Kasih kerana Membaca. Silakan SHARE Ya!

Disediakan Dan Disusun oleh Berita Kopak / Content Media

Sumber : Times 0f India / 0ddity Central

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..