Demi Membesarkan 7 Anak-anaknya, Wanita Ini Telah Bekerja Di Hong K0ng Selama 20 Tahun Dan Selalu Berjauhan Dengan Anak-Anaknya.

Tanpa Dia Sangka, Pada Hari Terakhir Dia Bekerja, Anak-Anaknya Telah Melakukan Perkara Ini Untuknya

Peng0rbanan seorang ibu membesarkan anak-anaknya sememangnya tiada tandingan. Seorang ibu pastio sanggup melakukan apa sahaja demi anaknya membesar menjadi orang yang berjaya dan mempunyai masa depan. Begitu juga dengan seorang ibu yang berasal dari Filipina ini.

Sejak 20 tahun lalu, Ibu ini yang bernama Teresita Alcanzare telah pergi ke Hongkong untuk bekerja sebagai pembantu rumah tangga. Selama 20 tahun itu, dia selalu berjauhan dari dari anak-anaknya. Semuanya dilakukan demi untuk mencari pendapatan bagi membesarkan anak-anaknya.

Bayangkan ketika itu, anaknya yang paling kecil bernama Hans Alcanzare baru berusia 6 tahun. Seorang ibu pasti memahami bagaimana perasaannya untuk meningg4lkan anak yang sekecil itu. Tetapi itulah yang ibu ini lakukan demi anak-anaknya.


Kredit : Hans Alcanzare

Dan bagi anak yang sekecil itu, semestinya tidak memahami tentang kesukaran yang dialami ibunya. Tetapi dia tidak pernah mengel0h dan dia membesar dengan melihat bagaimana sus4h-pay4h ibunya membesarkan mereka adik beradik.


Kredit : Hans Alcanzare

Selepas 20 tahun bekerja di Hong Kong dan anak-anaknya telah pun membesar serta memiliki pekerjaan, wanita ini telah memilih untuk berhenti bekerja. Tetapi tanpa dia sangka, anak-anaknya telah merancang untuk memberikan sesuatu sebagai kej0tan untuk ibu mereka.

“Mak, mak membesarkan seorang akauntan, guru, jururawat, ahli farmasi, bidan, jurutera dan tidak lama lagi akan ada seseorang yang lulus dalam bidang IT”, kata Hans di akaun Facebooknya. Dia menceritakan sus4h pay4h ibunya selama ini demi memberikan pendidikan kepada mereka adik beradik sehingga mendapat pendidikan yang baik.


Kredit : Hans Alcanzare

Hans adalah anaknya yang paling bongsu dan dia telah menjemput ibunya di lapangan terbang Hongkong. Dia ingin memberikan hadiah istimewa untuk ibunya itu. Dia ingin membawa ibunya melancong ke seluruh negara Asia Tenggara iaitu Singapura, Indonesia, Vietnam, Taiwan, Malaysia, Thailand, Macau dan kembali semula ke Filipina.


Kredit : Hans Alcanzare

Hari-hari bercuti bersama ibunya dilalui dengan begitu indah. Dia telah memuatnaik gambar bercuti bersama ibunya dan menceritakan kisah tentang percutuian mereka.


Kredit : Hans Alcanzare

Dalam akaun Facebooknya itu, Hans menulis: “Mak, kami telah berhut4ng budi kepadamu terlalu banyak, tidak ada mak, maka tidak akan ada kami yang sekarang; Kami sangat bertuah memiliki mak, seorang ibu yang tidak pernah meningg4lkan kami”.


Kredit : Hans Alcanzare

Ramai netizen yang merasa terharu membaca kisah Hans tersebut dan mengucapkan selamat ke atas mereka serta telah berkongsi kisah tersebut.


Kredit : Hans Alcanzare

Begitulah antara kisah ibu yang sangat memberi inspirasi. Dia sanggup berjauhan dengan anak-anaknya demi mahu melihat mereka menjadi orang yang berjaya. 20 tahun bukanlah masa yang sekejap untuk seorang ibu menangg0ng kerinduan kepada anak-anaknya. Semoga kisah ini menjadi inspirasi untuk kita semua agar senantiasa mengambil berat mengenai ibu kita. sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangi kita!

Terima Kasih kerana Membaca. Silakan SHARE ya!

Terjemahan Dan Disediakan oleh Berita Kopak / Content Media

Sumber: FB Hans Alcanzare