” Dekat sosial media, ada yang bertanya di mana suami saya.. “

Rozi Abdul Razak Akhirnya Dedah Status Perkahwinannya Dengan Abang Dato’ Siti Nurhaliza, Ayie !!

Ke mana sahaja majlis dan program yang Dato’ Siti Nurhaliza hadiri, sudah pasti wanita ini dilihat berada di sisi Dato’ Siti Nurhaliza. Wanita tersebut adalah Rozi Abdul Razak iaitu kakak ipar merangkap pengurus Dato’ Siti. Usia tempoh perkhidmatan Rozi bersama Dato’ Siti bukan beberapa tahun lalu, malah sudah memasuki 21 tahun.

Rozi juga antara individu yang sangat rapat dengan Dato’Siti, Rozi yang telah diberikan tanggungjawab untuk menyelenggara jadual persembahan nyanyian, acara undangan, strategi syarikat Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn.Bhd dan sudah pasti penasihat utama Dato’ Siti dalam semua hal.

Bukan sahaja bijak mengatur langkah dalam mengendalikan hal-hal kerja, malah Rozi mempunyai bakat lain yang mungkin ada yang belum tahu, dimaan dia memang pandai memasak. Masakkan Rozi sering dipuji oleh keluarga dan sahabatnya. Selain bekerja di bawah syarikat Dato’ Siti, Rozi juga mempunyai perniagaan restorannya sendiri.

Ibu kepada tiga orang cahaya mata ini telah berkongsi satu video menerusi posting di akaun Instagram. Video  melebihi 3 minit itu merakamkan temubual Rozi oleh Majalah Jelita sempena perkongsian motivasi dan inspirasi. Rozi turut mendedahkan status perkahwinannya bersama abang Dato’ Siti Nurhaliza, iaitu Ayie.

Ikuti perkongsian oleh Rozi tersebut di bawah :

Rata-rata netizen turut memberikan kata-kata semangat buat Rozi. Antara komen-komen tersebut adalah :

” You always be KAKAK IPAR Dato Sri Siti. Forever. Sebab kami kenal Kakzie pada awalnya pun sebagai kakak ipar Tokti. Selamat hari wanita Kakzie.. “

” Moga terus kuat dipermudahkan semua urusan hidup bersama anak2.. “

” Lembutt sgt orgnyaaa … Tp dia kuat.. !!! Selamat Hari Wanita buat kak Rozie n semua.. “

” Stay strong kak .. We always stand behind you.. “

” Strong lady -May ALLAH BLess & Protect your Families Always.. “

” Thanks sis Rozisangdewi for sharing. keep strong, may Allah bless and ease everything for you.. “

” MasyaAllah… So inspiring. Allah knows best. Take good care & best of luck, kak Rozisangdewi.. “

Walau pun telah bergelar ibu tunggal, tapo Rozi memang seorang wanita yang hebat. Sikap Rozi yang sangat profesional dalam mengendalikan hal peribadinya harus diberikan pujian. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Rozi sentiasa dimurahkan rezeki, bahagia bersama anak-anak tercinta. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Rozi Abdul Razak by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..