” Daulat Tuanku. Umrah mabrur ya Allah. Permudahkan segala perjalanan. Amin.. “

Gambar-Gambar Raja Permaisuri Ag0ng, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Bersama Anakandanya Menunaikan Ibadah Umrah Tarik Perhatian Netizen

Susulan pelantikan Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad sebagai Yang di- Pertuan Agong ke-16, nama Tengku Ampuan Pahang, Tunku Hajah Azizah Maimunah Iskandariah kini bermain di bibir rakyat jelata apabila baginda secara rasminya menjadi Raja Permaisuri Agong yang terbaru.

Baginda yang dilahirkan di Istana Stulang, Johor Bahru, pada 5 Ogos 1960, merupakan puteri ketiga kepada kepada Almarhum Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail dengan Enche’ Besar Hajah Kalsom Abdullah. Baginda juga merupakan adinda kepada Sultan Johor terkini, Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Memiliki raut wajah yang manis dan kaya dengan sifat keibuan, baginda cukup disenangi oleh rakyat jelata khususnya di negeri Pahang. Antara kegiatan-kegiatan kegemaran baginda adalah, membaca, memasak, menjahit dan baginda juga berbakat dalam bidang penulisan.

Raja permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama anakandanya kini berada di tanah suci Makkah bagi menunaikan ibadah Umrah. Dalam pada itu, baginda juga turut berkongsi statusnya yang telah selamat mengerjakan Umrah dalam tulisan jawi menerusi laman Twitter miliknya.

Rata-rata rakyat jelata turut memdoakan baginda serta keluarga. Antara komen-komen tersebut :

” Semoga Di permudahkan urusan umrah Mubarak.. Amin .. “

” Lovely Pahang Kingdom…. Wish all of u in a great health and condition. Mabrur illallah.. “

” Daulat tuanku. umrah mabrur ya allah. Permudahkan segala perjalanan . Amin. @fbi_fatimah.binti.ismail.. “

” Alhamdulillah. Allah memberkahi umrah kalian sebaiknya. AllahuAkbar.. “

” Alhamdulillah semoga mendapat umrah yang sempurna dan mabrur. Dan semoga selamat pergi dan kembali.. “

” Semoga dipermudahkn ibadah umrah tengku dn kerabat sekalian.. “

Kami dari Berita Kopak ingin berkongsi dengan anda beberapa lagi gambar-gambar sekitar Raja Permaisuri Agong bersama anakandanya menunaikan ibadah umrah di Makkah :

Alhamdulillah.. Semoga Allah permudahkan segala urusan Tuanku Permaisuri. Kami dari Berita Kopak turut mendokan semoga Tuanku Permaisuri serta keluarga di permudahkan urusan dan diberikan kesihatan yang baik ketika berada di Tanah Suci. Menjunjung kasih Tuanku, doa semoga negara Malaysia aman sentosa dijauhi daripada bencan4. Amin..

Silakan SHARE.

Sumber : IG Raja Permaisuri Tunku Azizah_ fanpage, Web Portal Diraja Pahang by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..