Datuk Siti Nurhaliza Buat Kejutan Kepada Peminat Indonesia Yang Lump0h, Buat Ramai Yang Mengalirkan Air Mata

Siapa tak kenal penyanyi nombor satu Malaysia dan penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Selain mempunyai suara yang merdu, Datuk Siti juga mempunyai auranya yang tersendiri.

Peminatnya bukan sahaja dari Malaysia, malah turut mempunyai penyokong yang ramai dari Indonesia, Singapura dan juga Brunei. Mempunyai keperibadian yang baik dan sopan membuatkan Datuk Siti disenangi dan disayangi ramai.

Menerusi akaun Instagram, Datuk Siti Nurhaliza ‘repost’ video yang dimuatnaik oleh pembantunya Siti Fairuz Ibrahim. Menerusi video tersebut, Datuk Siti dijemput untuk menjadi tetamu undangan di salah satu rancangan televisyen di Indonesia iaitu Hitam Putih, terbitan Trans 7.

Pihak Trans 7 menjemput seorang peminat tegar Datuk Siti yang bernama Khusnul Khotimah yang lump0h akibat peny4kiit P0li0. Menurut Khotimah, suara Datuk Siti menjadi sumber kekuatan baginya.

Pada permulaan, mereka mengatakan kepada Khotimah, Datuk Siti tidak dapat hadir. Semasa temubual di studio, pengacara meminta Khotimah menyanyikan lagu Datuk Siti yang diminatinya. Khotimah memilih untuk menyanyikan lagu Bukan Cinta Biasa.

Khotimah yang berkerusi roda itu menyanyikan lagu penyanyi kesukaan ramai ini dengan penuh sebak. Tiba-tiba Datuk Siti muncul dan membuat kejutan kepada Khotimah dengan menyambung lagu yang dinyanyikannya.

Khotimah yang terkej0t dengan kejutan ini terus sebak dan menangis teresak-esak kerana tidak sangka dapat berjumpa penyanyi kesayangannya.

Datuk Siti lantas memeluk Khotimah sambil menghabiskan menyanyi lagu. Kelihatan mata Datuk Siti turut berkaca melihat Khotimah menangis. Menurut Datuk Siti, dia tidak sangka dirinya dijadikan sumber inspirasi oleh insan lain.

Penonton di studio juga sebak dan menitiskan air mata menyaksikan pertemuan antara Khotimah dan Datuk Siti secara langsung di hadapan mereka.

Jom tonton video penuh di bawah (video penuh di hujung artikel) :

” Kejutan buat peminat tegar dari Surabaya, Khusnul Khotimah. Beliau tidak tahu kehadiran @ctdk di studio.. “

” Beliau mengatakan bahawa #sitinurhaliza adalah kekuatan untuk beliau, sedih #hitamputih #hitamputihtrans7 “

Rata-rata peminat sebak menonton video ini. Antara komen-komen peminat :

” Tahan… sebak.. syahdu.. indah.. syukur… kuat.. luar biasa.. Ya Allah engkau jelmakan dia.. “

” Aduhaiiii saya plak yg menangis.. Klaulaa saya tjumpa dgn dato ct.. Saya pon mnngis sbb kagum dgn Dia…. “

” Terharunya. Nampak kemesraan Tok Ti.. “

” Sebaknya ya Allah… terbaik bato ctdk.. “

” Banyak kali tgok.. Tersentuh hati sy hingga menitis airmata.. “

” Adoii… mata masuk habuk plk, sebak!! yes faham sgt maksud beliau “ Dct adalah kekuatan beliau” sbb sy sendiri pun meminati @ctdk sejak sy kecil lg.. jatuh bangun perjalanan hidup sy sllu rasa dia dekat dgn sy bila dgr lagu2 beliau. Hehe. Love you forever tokti kuuu. You’re always my idol and inspiration @ctdk. Thank you so much SITI NURHALIZA.. “

” Cantik di luar, cantik di dlm. Inilah sebab Siti Nurhaliza menjadi penyanyi nombor 1 Malaysia. Happy about you.. “

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Datuk Siti diberi kesihatan yang baik agar boleh terus berkarya dan menjadi sumber inspirasi kepada peminat-peminatnya.

Tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG CTDK / Youtube Trans7 by Berita Kopak / Content Media

Article ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, adalah dilarang sama sekali.