Dapat Hadiah Motor, Ibu Bagi Surat Perjanjian Dengan 10 Syarat Yang Memang Win

Jika Tidak Patuh, Motor Akan ‘Disita’ !!

Hadiah daripada ibu bapa adalah sesuatu yang sangat bermakna buat seorang anak. Bagi sesetengah orang, mungkin mudah bagi mereka untuk meminta atau mendapatkan sesuatu yang mereka inginkan daripada ibu bapa mereka.

Namun begitu ada juga yang jarang dapat hadiah mungkin disebabkan perbelanjaan ibu bapa yang sangat terhad dan ada perkara yang lebih penting yang perlu diutamakan. Apa-apa pun sebenarnya dalam hidup kita secara tak langsung ibu dan bapa kita telah memberi kita pelbagai ‘hadiah’ sejak kita lahir lagi.

Seorang lelaki bernama Daniel Ashraff menjadi viral setelah entrinya di Twitter menjadi tular di media sosial. Ashraff berkongsi kisah hadiah motor pemberian ibunya yang berharga RM11 ribu (on the road).

Apa yang menariknya, ibunya telah menyertakan surat perjanjian dengan 10 syarat untuk dipatuhi, jika tidak motor tersebut akan ‘disita’ dan perlu dikembalikan semula kepada ibunya.

Surat perjanjian itu turut lengkap dengan tandatangan sebagai tanda bersetuju dengan perjanjian yang telah dibuat. Nampak keprihatinan seorang ibu terhadap anak tunggalnya itu. Memang salute !!

Jom baca perkongsin Ashraff di bawah :

” Tadi aku nak pergi ambik moto dekat kedai, pastu mak aku datang nak jemput aku sbb dia baru balik kerja.. “

” Tetiba aku bukak pintu kereta nak masuk then terkejut aku tgok ade satu sheet kertas bertulis sekali dgn pen HAHAHAHAHAHAHA.. “

Semua sekali ada 10 syarat yang disertakan oleh ibu Ashraff. Antara syarat-syaratnya adalah :

1. Tidak dibenarkan meremp1t atau berlumba h4ram.

2. Tidak dibenarkan ‘welly’ atau jadi menunggang seperti ‘superman’.

3. Tidak dibenarkan mengubah motor.

4. Tidak benarkan orang lain yang tiada lesen menunggang motor ini.

Baca syarat-syarat penuh di bawah :

Entri Ashraff menerima pelbagai komen daripada netizen. Antaranya adalah :

” Untung la mak belanja moto, aku beli sendiri.. “

” Make sure aku dpt merasa motor ni sebelum disita.. “

” Untunglah first motor je dah dapat mak belanja ysuku v2 lak tu. Mahal bod0 moto ni. Bersyukur gila kalau dapat.. “

” Sebelum naik moto baca balik perjanjian yg telah termaktub yer ikut cakap mak awak.. “

” Tahniah bro. guna lah sebaik yg mungkin. aku nak beli motor y ni pon kumpul duit 7bulan baru dapat pakai. semoga kau dengan mak kau murah rezeki. amin.. “

” Mesti mak dia orang HR . That agreement is so neat hahahhaha.. “

” Wowww ur mama is so cute. Heheh. Hargailah mama awak ye.. “

” Wow! y15 v2 lh kan…..tahniah bro jage elok2 ramai yg memerhati.. “

Wahhh untungnya Ashraff dapat hadiah mahal daripada ibu yang tersayang. Mama Ashraff pun sporting sangat, memang terbaik lah. Apa-apa pun semoga Ashraff menggunakan motor ini dengan sebaik mungkin sepertimana yang dikehendaki oleh Mama Ashraff.

Semoga menjadi anak yang soleh, yang membahagiakan ibu dan bapa di dunia serta akhirat. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : Twitter @ashraffdaniel7 by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..