Dahulu Pemuda Bertatu Penuh Tubuh Dan Muka Ini Dit4kuti Ramai, Tetapi Kini Dia Seorang Pendakwah Disegani

Melihat penampilan dirinya yang dipenuhi dengan tatoo tetapi memakai jubah lengkap dengan serban pasti membuatkan ramai orang tertanya-tanya siapakah gerangan pemuda tersebut.

Pemuda yang tampil dalam Hafiz Indonesia 2019 iaitu satu program TV RCTI, rangkaian televisyen di Indonesia itu adalah Roni Bodax. Sebenarnya dia adalah seorang pendakwah yang hadir menceritakan pengalamannya di program berkenaan.

Dengan wajah yang dipenuhi dengan tattoo berdakwat hitam, tentu membuatkan orang lain gementar menatap matanya. Tetapi disebalik wajahnya yang menyer4mkan itu, sebenarnya pemuda ini mempunyai niat mulia untuk menyampaikan dakwah kepada mereka yang terses4t jauh dari tuntutan agama.

Roni, pemuda yang berasal dari kota solo ini menceritakan kisah dan pengalamannya yang penuh inspirasi tentang bagaimana dia boleh beralih arah dari seorang g4ngster dan menjadi seorang pendakwah.

Kisah Roni Bodax bermula semasa dia menjadi murid di Sekolah Rendah Al-Islam 2 Jamsaren Surakarta, wilayah Serengan di Kota Solo. Roni menceritakan yang dia mula mengnali Tattoo ketika dia baru menjadi pelajar Di SMP Al-Islam 1 Surakarta yang juga berada di Kota Solo.

Pergaulan an pengaruh persekitaran telah membuatkan Roni Bodax mula membuat Tatoo dan meminum minuman keras. Menurutnya, dia berniat untuk membuat Tatto ketika dia berkawan dengan golongan pemuda punk.

Ibubapanya yang tinggal berjauhan di Jakarta, sementara dia di Kota Solo membuatkan Roni menjadi bebas untuk melakukan apa sahaja. Sehinggakan ketika bapanya ,meningg4l, dia masih membuat tattoo di tubuhnya dan tidak berhenti minum minuman keras.

Tetapi satu perkara yang telah mengubah perjalanan hidupnya adalah pesanan dari ibunya yang meminta Roni supaya bertaubat dan meninggalkan segala perbuatan yang menjadi larangan agama.

Ibunya meminta Roni untuk kembali bersembahyang, mengaji seperti apa yang dia lakukan semasa masih kecil dan tanpa dia sedar, mulutnya berkata ‘iya Ibu’. Dari situ Roni belajar semula mengaji dan bertekad untuk kembali ke jalan yang benar.

Dan sekarang kehidupan Roni telah berubah menjadi seorang pendakwah yang mengajak orang ke jalan-jalan kebaikan. Tetapi caranya berdakwah membuatkan dia berjaya membuatkan ramai orang kembali mencari jalan yang benar.

Pengalamannya yang ketika dahulu sering bergelum4ng dengan kemungk4ran membuatkan dia tahu bagaimana untuk mendampingi golongan-golongan yang sepertinya dahulu. Pada mulanya Roni hanya mengajak mereka untuk melepak di hadapan masjid. Tetapi lama-kelamaan, mereka dengan sendirinya mula masuk ke masjid untuk bersembahyang apabila azan berkumandang.

Kisah Roni Bodax ini menjadi insprasi kepada ramai orang di luar sana dan telah menarik perhatian ramai orang. Semoga Roni Bodax terus dikurniakan semangat dakwah yang tinggi dan sentiasa berada dalam lindungan Allah. S.W.T.

Terima Kasih kerana Membaca. Silakan SHARE ya!

Disediakan Oleh Berita Kopak / Content Media