” Dahlah takyah la cakap muka macam itu, muka macam ini.. ” – Abby Abadi
Abby Abadi Kongsi Video Anak Angkatnya Darda Memakai Telekung Cur1 Perhatian Netizen. Namun, Bagi Sesiapa Yang Suka Menyamakan Wajah Anaknya Itu, Ini Nasihat Daripada Abby Sendiri. Wahhh, Win Sangat Kapsyen Akak !!
Bila bercakap mengenai anak-anak, pelbagai perkara akan diceritakan. Bermulalah dari bentuk fizikal, ragam dan telatah anak masing-masing. Ibu bapa tidak perlu m4lu atau segan, bagaimana pun anak-anak itu, terimalah dengan sebaik-baiknya dan didiklah semampu mungkin.
Seperti selebriti lain, pelakon Abby Abadi juga sering menceritakan dan berkongsikan mengenai anak-anaknya di laman Instagram. Tidak kiralah sama ada anak kandung sendiri atau pun anak-anak angkatnya, Daiyan, Dayana dan Darda. Semuanya dilayan sama rata oleh Abby dan suaminya Faizal Zakaria.
Bercerita mengenai anak yang ketiga diambilnya sebagai anak angkat iaitu Maira Darda Farisa adalah di luar perancangannya. Sepatutnya Darda dijaga oleh orang lain, namun Allah lebih menentukan segalanya, dan kini sudah masuk 3 bulan Abby menjaga Darda dengan sepenuh kasih sayang.
Terbaru, Abby telah memuatnaik sebuah posting berbentuk video di laman Instagram miliknya. Video tersebut menunjukkan Abby sedang bermain dengan anaknya Darda. Kelihatan Darda memakai telekung kecil berwarna putih. Sangat sesuai dan comel apabila Darda memakai telekung tersebut.
Menurut Abby dalam kapsyennya, Abby meminta kepada netizen di luar sana, berhentilah menyamakan muka Darda dengan sesiapa. Beliau menyatakan, semestinya Darda lebih iras wajahnya dan hanya sedikit iras abahnya Faizal Zakaria. Okay sekarang dah faham kan, jangan samakan lagi ye. Hehee…
Jom tonton video Darda di bawah ini :
Entri tersebut mendapat komen pelbagai daripada netizen. Mereka juga menyetujui apa yang dinyatakan Abby dan turut memuji kecomelan Darda. Ini antara komen-komen mereka :
” Btul tu Darda mmg byk muka mama. Comelnya Darda, semoga jadi ank yg solehah ya buat mama abah.. “
” Subhanallah, comey sungguh Darda ni, boolaat, cute, ger4mnya.. “
” Muka dan bamb4m macam mamalah. Pipi ada Iras abg Dayyan.. “
” Ya Allah, hari2 auntie tgk Darda makin hari makin jat0h syg, semoga menjadi anak yang solehah, aamiin.. “
Alahai memang comel Darda ni, lagi-lagi bila Darda pakai telekung tu bertambah kecomelan Darda. Beruntunglah Darda, Daiyan dan Dayana mendapat ibu dan ayah angkat penyayang. Seharusnya Abby dan Suami menjadi contoh buat ibu bapa di luar sana. Alhamdulillah, Semoga segala apa yang dilakukan Abby mendapat ganjaran terbaik daripada Allah SWT. Amin..
Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Abby Abadi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..