” Dah pandai jaga baby sayang. Comey lah Hayla ni.. “

Wawa Zainal Kongsi Video Hayla Jaga Adik. Hayla Sayang Baby Yer, Besar Nanti Jangan Bul1 Adik Tau !!

Pasangan selebriti Wawa Zainal dan suami, Aeril Zafrel menimang cahaya mata ketiga selepas aktres itu selamat melahirkan bayi perempuan di Pusat Perubatan Andorra Wanita dan Kanak-kanak, Shah Alam. Aeril telah mengumumkan mengenai khabar gembira itu, menerusi instagram miliknya pada petang Ahad yang lalu.

Wawa Zainal atau nama penuhnya Nur Hawa Zainal Abidin merupakan seorang model dan perlakon yang berasal dari Lahad Datu, Sabah. Beliau merupakan anak kelapan daripada sebelas orang adik beradik. Beliau telah berkahwin dengan pelakon Suhairil Sunari atau lebih dikenali sebagai Aeril Zafrel.

Hasil perkahwinan pada 2013, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu, Ahmad Fakhruddin Attar, 6, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4, dan terbaru, Ayya Soffya. Dengan kehadiran Aya Soffya ini, semestinya sangat bermakna bagi keluarga selebriti ini selepas empat tahun menantikan zuriat tersebut.

Menerusi akaun instagram, Wawa telah berkongsi video dimana Hayla anak kedua beliau sedang meriba adiknya. Dalam masa yang sama, Wawa sempat lagi mengusik Hayla dengan bertanya adakah Hayla sayangkan Ayya. Hayla begitu teruja dengan kelahiran adiknya.

Baca perkongsian Wawa dibawah:

 ” My #wawababygirledition hayla & soffya @ayyasoffya .. “

Rata-rata peminat telah memuji akan kecomelan Hayla yang sedang meriba adiknya dan mengucapkan tahniah dan selamat berpant4ng kepada Wawa dengan atas kelahiran Ayya. Antara komen-komen netizen :

” Comel nya baby.. Tahniah .. Selmat berpnt4ng .. Semoga baby membsar dgn siht.. Jd ank yg solehah.. Aamiinn ..”

” Tahniah wawa dan suami.. Selamat berpant4ng wawa.. “

” Dah pandai jaga baby syg.. Comey lah dia nie.. “

” Comelnyaaaa anak2 gugurl boss ni.. moga membesar dgn sihat dan solehah kedua2nya.. “

” Comel jaaa hayla layan babygirl baruu mcmtu.. “

” Aloooo comeynya kakak syg adik baby.. “

Wahh pandai Hayla jaga adik.. Yang Ayya pun diam saja bila diriba oleh kakak dia.. Terselah kasih sayang yang ditunjukkan oleh Hayla. Semoga kasih sayang ini berterusan hingga selamanya. Kami dari Berita Kopak mengucapkan tahniah dan selamat berpantang kepada Wawa, jaga diri baik-baik .

Silakan SHARE..

Sumber : IG Wawa Zainal by berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..