” Dah fasa Ninja Turtle pulak. Perut turun naik tak menahan tu.. “

Nad Zainal Kongsi Video Anaknya Fahad Ibrahim Beraksi Jadi Ninja Turtle. Comelnya Yem Pandai Belakon Dah Macam Cerita Doremi Pulak. Turtle Gend0t !!!

Pelakon cantik Nad Zainal bukanlah muka baru dalam dunia lakonan. Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia binti Zainal Abidin dilahirkan pada 16 Mei 1990 di Kajang Selangor. Nad aktif sebagai pelakon dan model di mana penampilan pertamanya di kaca televisyen menerusi drama Impian ( Sunsilk Impian ) pada tahun 2008.

Nama Nad mula meniti di bibir peminat apabila lakonannya sebagai watak utama bernama Inas di dalam drama Bukan Bidadari mendapat tempat di hati peminat. Selain bidang lakonan, Nad juga memceburi bidang perniagaan kosmetik di mana beliau mengasaskan produknya sendiri bernama Audela.

Nad sudahpun mendirikan rumahtangga bersama Muhammad Faliq Amirullah. Memilih tarikh 18 Disember 2015 sebagai tarikh keramat mereka, pasangan ini selamat diijabkabulkan menjadi suami isteri yang sah. Menerusi perkahwinan ini, mereka dikurniakan seorang cahayamata lelaki diberi nama Fahad Ibrahim.

 

Menerusi akaun Instagram, Nad Zainal telah berkongsikan satu rakaman video di mana anaknya Fahad Ibrahim atau Yem sedang melakonkan watak ninja turtle. Dengan matanya yang ditutup sama seperti karektor karton itu, Yem kelihatan sangat melucukan. Kecik-kecik dah pandai berlakon.

Jom tonton video di bawah :

” Dah fasa Ninja Turtle pulak… Perut turun naik tak menahan tu.. “

 

Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” Dahsy4t ninja turtle ni.. Turtle sihat.. “

” Masalahnya dia buat dua watak dialog dia macam ninja turtle bipolar.. “

” Hahahahahahahahah!! Aku gelak laaa weyyy .. Isshhh yem!.. “

” Macam Re dalam Do Re Mi la Yem.. “

” Eh, turtle shell patutnye kat belakang, tapi kenapa kat depan? Auntie comfuse jap.. “

” Ninja turtle yang ni masuk air timbul ni… Perutttt tuuu perutt.. “

Adui Yem kelakar sangat si kecik ni. Bakat seni mak dah mula merebak pada Yem nampaknya. Turtle pun comel je dengan gaya lakonan spontan dia tu. Boleh digilap jadi lebih bersinar ni. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Yem membesar menjadi anak yang soleh dan berguna buat kedua ibubapanya nanti.. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nad Zainal by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..