” Cutenya diorang ni tapi suara mummy lagi wow.. ” – Netizen

Video Anak-Anak Zizie Izette, Aadam Zac, Aaleph Zeke Dan Aaric Zayn Menyanyi Namun Suara Zizie Izette Yang Jadi Perhatian Ramai. Wah, Memang Merdu Habis Suara Mummy !!

Mempunyai anak yang ramai sebenarnya sangat menyeronokkan. Ini kerana keletah dan gelag4t anak-anak dapat menghiburkan hati si ibu walaupun kadangkalanya penat melayan kerenah masing-masing. Kemeriahan ini dapat dilihat buat pelakon Zizie Izette.

Beliau yang mempunyai lima orang anak dengan jarak umur masing-masing yang begitu rapat. Walaupun beliau mempunyai pembantu bagi setiap seorang anaknya namun beliau tidak menyerahkan seratus peratus tugas mendidik kepada pembantunya.

Zizie sering berkongsi aktiviti beliau bersama kelima-lima anaknya di laman Instagram. Sikap Zizie yang memberikan sepenuhnya kasih sayang tanpa membezakan anak angkat dan anak kandung sangat dipuji ramai netizen. Beliau begitu penyayang dengan anak-anaknya.

Menerusi akaun Instagram, Zizie berkongsi video ketiga-tiga anak lelakinya iaitu Aadam, Aaleph dan Aaric menyanyi. Menurut Zizie, amat sukar untuk merakamkan video anaknya ni menyanyi kerana selalunya mereka akan berasa malu.

Jom tonton video di bawah :

Namun begitu suara Zizie lebih menarik perhatian netizen berbanding suara anak-anaknya. Antara komen-komen mereka :

” Mommy yg exc1ted…suara pn merdu.. “

” Merdunya suara mommy nyanyi .. “

” Alooololo cute nya diorang ni.. suara mommy pun sedap aihh.. “

” Sedapnya suara Mommy bole lh record Lagu lepas ni.. “

” Sedapnya suara mommy kalau ade cartoon malysia versi english mommy bole jd pnyanyi latar dia .. “

” Suka cara datin layan ank2.. Mmg tak compare langsung.. Smua layan dgn baik.. Gudjod datin zizieizette smoga ALLAH murahkan rezeki datin.. “

” Cutenya diorang ni tapi suara mummy lagi wow.. ”

Wah, memang merdu habis lah suara mummy. Macam boleh jadi lagu latar belakang untuk animasi kartun d1sney jer. Apa pun, comel sungguh gelag4t Aadam, Aaleph dan Aaric menyanyi walaupun nampak malu-malu. Cute sangat !!

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zizie Izette

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..