” Cubaan sogok belon.. ” – Erma Fatima

Video Erma Fatima Mengusik Anak Saudaranya, Aisya Humaira Buat Ramai Terhibur. Amboi Gar4ng Betul Muka Ecah Bila Nampak Erma !!

Sebelum ini, pengarah drama terkenal iaitu Erma Fatima sering berkongsi video dia mengusik anak saudaranya, Aisya Humaira iaitu anak kepada adiknya, Datin Seri Umie Aida. Meskipun sering berjumpa, dilihat Aisya sangat tak0t akan Erma mengambil untuk mendukungnya.

Bermacam-macam telah Erma lakukan untuk mendapatkan Aisya, ada saja yang g4gal dan hingga kini Aisya tetap tidak mahu kepada Erma. Memang kelakar betul kalau melihat reaksi Aisya apabila melihat Erma ada di hadapannya. Bijak betul Aisya ni, mesti dia tahu yang ibu saudaranya itu ada sahaja mahu menyak4tnya.

Aisya Humaira adalah satu anugerah yang paling berharga buat Datin Seri Umie Aida dan suami. Tidak pernah menyangka, bahawa akan hadirnya anak yang sangat comel seperti Aisyah yang diambil dari usianya masih bayi dan dijaga, dibelai seperti anaknya sendiri. Untuk rekod, Aisyah merupakan anak angkat ketiga buat Datin Seri Umie Aida.

Hasil tinjauan di Instagram, Erma Fatima telah berkongsi satu video, dia cuba untuk mendapatkan Aisya. Paling menarik, kali ini Erma cuba memberikan belon buat Aisyah untuk mahu datang kepadanya. Namun, reaksi Aisyah dalam video tersebut apabila Erma cuba sogokan belon kepadanya sangat kelakar.

Ikuti perkongsian video tersebut di bawah :

View this post on Instagram

Cobaan yg gagal lagi😭😭😭

A post shared by Ermafatima (@ermafatima) on

Rata-rata netizen terhibur akan reaksi Aisya dalam video tersebut. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Aisya skrg nk tk nk je lyn mama Erma.. “

” Sapa nak kalau kna bul1 cukup2.. F0bia dh tu.. “

” Cubaan yg kandas.. “

” Amboii Aishah jual mahal. Dah x nk mak cun lgi.. “

” Cuba lagi ya mok cun, langit tak selalu cerah, mendung x beerti hujan.. “

” Kenapa dia xnakk.. Comeyyy.. “

” Lepas ni cuba plak wat dono, mesti dia tiba2 eh kenapa dah xnk ke kat aku.. Nnti slow2 dia nak kat kite… “

Alahai nak bagi belon pun, Aisyah tetap tak nak yer dengan mama Erma. Comel jer dia buat muka malas layan. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Aisyah membesar dengan sihat, menjadi anak yang solehah dan sentiasa mendengar kata kedua ibu bapapnya. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Erma Fatima, Umie Aida

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..