” Contoh terbaik buat mak ayah yang dah berp1sah.. “

Fasha Sandha Kongsi Gambar Sekitar Majlis Hari Lahir Anaknya, Putry Jemyma. Kehadiran Jejai Buat Ramai Yang Kagum Dan Tersentuh !!

Nama pelakon cantik jelita Nur Fasha Sandha Hassan atau lebih dikenali dengan panggilan Fasha Sandha ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Fasha antara pelakon yang berbakat besar dan sangat pandai menjiwa watak serta pernah beberapa kali memenangi anugerah dalam bidang lakonan sepanjang kariernya.

Ramai sedia maklum Fasha pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali dengan panggilan Jejai pada 27 April 2012 sebelum bercer4i pada 20 Januari 2016. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Putra Rayfal berusia 6 tahun dan Putri Raysha Jemyma, 5 tahun.

Namun begitu hubungan Fasha dan Jejai masih baik seperti sahabat walaupun tidak lagi bersama demi anak-anak kesayangan mereka. Kini Fasha sedang hidup berbahagia melalui perkahwinan keduanya bersama aktor Aidil Aziz. Pasangan ini diijabqabulkan pada hujung bulan Mac 2019 yang lalu.

Menerusi akaun Instagram, Fasha berkongsi beberapa gambar sekitar majlis sambutan hari lahir anak perempuannya, Putri Raysha Jemyma. Apa yang menariknya, seperti tahun-tahun sebelum ini Jejai juga ada bersama meraikan majlis hari lahir anak mereka.

Rata-rata peminat menyifatkan Fasha dan Jejai sangat profesional dan ramai yang terharu dengan kebaikan mereka demi anak-anak tersayang.

” Syukur Alhamdulillah #jemymaturns5 . Terima kasih Buat keluarga yang hadir.. “

Rata-rata peminat kagum dengan Fasha dan Jejai yang sangat profesional. Antara komen-komen peminat :

” Happy birthday Jemyma. Love tengok fasha 1 family.. “

” Alhamdulilah.. Happy birthday jemyma. happy family.. “

” Alhamdulillah. What a beautiful family.. “

” Love this fmly, smg semua nya dimurahkn rezki, diberi kesihatan yg baik, dikurniakan ank2 yg soleh / solehah, dipjgkn umur dan diberi kebahgiaan dunia dan akhirat.. “

” Happy bornday Jemyma syng smga dlm lindungan ALLAH selalu syngg.. “

” Contoh terbaik buat mak ayah yang dah berp1sah.. “

” Besar nya pony tuuu… Cuteee happy birthday jemaima.. “

Di sini kami di Berita Kopak kongsikan dengan anda beberapa lagi gambar sekitar majlis sambutan hari lahir Jemyma yang ke 5 yang dikongsikan oleh Fasha di akaun Instagram miliknya :

Allahu sejuk mata memandang keluarga bahagia Fasha, Aidil dan Jejai. Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan selamat hari lahir buat Jemyma. Semoga menjadi anak yang solehah, taat kepada suruhan Allah, ibu bapa dan agama. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fasha Sandha by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..