” Confident level dia bukan biashe-biashe ni.. ” – Aksi Pelajar Sekolah Menari Lagu Blackpink Buat Netizen Kagum

Macam Penari Profesional Lah !!

Ungkap sahaja perkataan ‘KPOP’ sudah pasti ramai yang mula tidak keruan terutama gadis-gadis remaja di luar sana. Fenomena KPOP semakin menjadi jadi sejak kebelakangan ini. Ada yang sanggup berhabis demi memenuhi minat mereka.

Wang dan tenaga seolah-olah tidak menjadi masalah kepada kumpulan pengemar KPOP ini. Selain itu, dapat dilihat juga, media cetak di negara ini turut menukar strategi pemasaran mereka daripada majalah hiburan tanah air kepada majalah yang mengetegahkan artis-artis Korea.

Kemunculan artis-artis KPOP juga dilihat bak ‘cendawan tumbuh’ pada hari ini. Terutamanya artis berkumpulan. Antara kumpulan KPOP yang menjadi pilihan ramai adalah Blackpink, Exo, BTS, Twice, Got 7, Bigbang dan banyak lagi.

Seorang pelajar lelaki sekolah menengah menjadi viral apabila video rakamannya menjadi tular di media sosial. Video ini dikongsikan oleh Saudara Aiman di akaun Twitter miliknya. Sehingga kini video pelajar lelaki yang menari lagu Blackpink di salah sebuah sekolah di hadapan ramai pelajar lain telah ditonton lebih 75 ribu kali.

Rata-rata ramai yang memuji gaya tarian yang dipersembahkan oleh pelajar berkenaan. Malah dia beraksi mempersembahkan tarian Kpopnya itu di hadapan orang ramai dengan penuh yakin sekali.

Gerak badannya yang lincah mengikut irama serta menari seperti penari profesional membuatkan ramai yang terhibur. Wahhhh memang terbaik lah adik !!

Rata-rata netizen memuji adik ini pandai menari dan mempunyai keyakinan yang tinggi. Antara komen-komen netizen :

” Not to mention despite of his body shape like that (literally I’m bigger than him), his moves were sharp af. Applause for him. Deal with it society, don’t judge the person by their appearances and talent. If you can’t do that, just be silent and watch them slay. BearwithIt.. “

” Banyak pulak lelaki yg pandai menari and confident plak tu depan orang omg omg jealous nyaaaaa.. “

” Gilo babeng la penangan blackpink dkt malaysia ni, naik pening aku.. “

” Thats pretty awesome, like his confidence.. “

” Confident level dia bkn biashe2 ni.. “

” Yg penting confident level dia tu, tabik spring laaaaa.. “

” Yeah boiiii prove them we big size ppl also can dance better than em skinnyyyy.. “

Jom tonton video di bawah :

Wahhh sudah boleh jadi bintang Kpop nampaknya adik ini. Lepas ini mesti popular dan ramai peminat kat sekolah tu. Kpop Kpop juga, tapi pelajaran jangan abaikan yer. Terbaik lah !!

Silakan SHARE..

Sumber : Twitter @aimanzzss by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..