” Comelnya Tengku Kamilah, senyum jer.. “

Video Dan Foto Sekitar Majlis Aqiqah dan Cuk0r Jambul Tengku Kamilah Anakanda Kepada Che Puan Juliana Evans

Che Puan Juliana Sophie binti Johari Evans ialah seorang pengacara, pelakon dan model iklan Malaysia. Beliau mencipta nama sebagai pengacara kanak-kanak seawal usia 12 tahun, dan kemudian popular sebagai pengacara rancangan Remaja di TV3.

Juliana sah bergelar isteri kepada Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah. Suaminya merupakan kerabat diraja Selangor. Juliana berkata bahawa beliau sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab dalam kehidupan rumahtangga dan berharap agar peminatnya terus mendoakan kebahagiannya.

Mungkin ramai yang sudah mengetahui, pada 13 Julai 2019, beliau telah selamat melahirkan anak perempuannya yang bernama Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah Tengku Shariffuddin. Rata-rata peminat tumpang gembira dengan kehadiran Tengku Kamiliah.

Menerusi akaun Instagram, OfficialHlive telah berkongsi beberapa foto dan video sempena majlis aqiqah dan cukor jambul anakanda sulong Che Puan Juliana Evans. Kelihatan majlis sangat meriah dengan kehadiran keluarga dan sahabat terdekat bagi kedua belah pihak.

” Sekitar majlis aqiqah dah cukor jambul Tengku Kamiliah Shariffuddin, anakanda kepada Che Puan Juliana Evans dan Tengku Shariffuddin Shah.. “

” Majlis penuh barakah ini turut dihadiri keluarga dan sahabat terdekat kedua belah pihak. Berita penuh jangan lupa tonton #hlive.Hos lokasi ; @myazulkifli.. “

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat Che Puan Juliana Evans dan suaminya. Ini antara komen mereka :

” Comelnya Tengku Kamiliah senyum je.. “

” Tahniah puan juliana evans.. “

” Semoga jadi anak solehah ye sayang.. “

” Elok baik jer anak ni.. semoga menjadi anak solehah.. “

” Comelnyaaaa.. “

Di bawah ini kami di Berita Kopak ingin kongsikan dengan anda beberapa lagi gambar di sekitar Majlis Aqiqah dan Cuk0r Jambul Tengku Kamiliah Shariffuddin yang telah dimuat naik oleh laman Instagram OfficialHlive :

Alhamdulillah dan Tahniah buat Che Puan Juliana Evans Dan suaminya Tengku Shariffuddin Shahdi atas majlis ini. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga anakanda Tengku Kamilah Shariffuddin membesar dengan sihat, menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan dia khirat.

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Official HLive, Juliana Evans by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..