” Comelnya, putih gebu gebas macam ibu dia.. “

Zizie Ezette Kongsi Gambar Anak Bongsu, Peminat Puji Semakin Cantik Selepas Bersalin !!

Pada 1 Mac yang lalu, pelakon Datin Seri Zizie Izette mengumumkan berita gembira sudah selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Zizie Izette mengumumkan berita gembira tersebut menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.

Untuk pengetahuan, Zizie berkahwin dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 59, berkahwin pada 2009. Pasangan ini mempunyai nak kembarnya Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette pada 30 November 2017.

Zizie dan Datuk Bung Moktar juga turut mempunyai dua orang anak angkat iaitu Naila Nurjenna, 4 tahun dan Aaric Zayn Izette, 2 tahun.

Ramai yang terkejut semasa Zizie mengumumkan sedang hamil pada tahun lepas kerana jarak kehamilan keduanya selepas melahirkan anak pertama hanya lima bulan sahaja. Namun begitu Zizie sangat bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT ini.

Menerusi akaun Instagram, Zizie mengumumkan sudah selesai berpantang. Majlis Aqiqah dan Cukur Jambul turut diadakan secara kecil-kecilan untuk anaknya.

Baca perkongsian Zizie di bawah :

” Alhamdulillah selesailah sudah sessi 44 hari berpantang serta majlis aqiqah & majlis cukur jambul kecil2lan utk anak2 tersayang.. “

” Thank u @rizman.n for styling me up at the eleventh hour. #aalisabelle #aqiqah.. “

Apa yang menariknya, Zizie juga turut memperkenalkan anak bongsunya yang bernama Aalisa Belle Izette kepada semua peminat menerusi akaun Instagram miliknya.

Gambar-gambar Baby Aalisa buat ramai yang ger4m dengan kecomelannya yang cantik, putih dan gebu seperti ibunya.

” Hello Uncles & Aunties !  My name is AALISA BELLE IZETTE. I am 44 days old today.. “

” This was my first ever photoshoot my mommy had for me when I was 19 days old. Hope u enjoy viewing my few initial photos. Photographer : @astherlauphoto #aalisabelleizette.. “

Rata-rata ramai peminat yang ger4m dengan kecomelan Baby Aalisa. Antara komen-komen peminat :

” Allah sedap nya nama.. comeyyyyyyynya kak zizie just like u.. “

” Hala hala halaaa.. shomel shangat niiii.. gewamnyeeeee.. “

” Alhamdulillah comeynya. semoga bby dan mommy sihat2 ye selamat berpantang.. “

” Hai aalisa…. semoga membesar dgn sihat dan cergas ye… “

” Semoga anak puan @zizieizette menjadi muslimah yang solehah dan mukminah serta beristiqamah di jalan yanh diredhai oleh Allah SWT. Puan kena perdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur’an untuk anak puan yang telah dilahirkan ke dunia ini supaya dia menjadi anak yang taat kepada ibu bapa serta berpelajaran tinggi.. “‘

” Ciutttnya kaki baby… gebu putih nyaaaa.. “

” Zizie you are gorgeous and beautiful.. “

” Subhanallah cantiknya sis @zizieizette.. “

” Ingat pngtin manalah tadi… kalah anak dara.. “

Di sini kami kongsikan beberapa lagi gambar Baby Alisa dan beberapa gambar sekitar Majlis Aqiqah dan Cukur Jambul yang dimuatnaik di akaun Instagram Zizie Izette :

Kami di Berita Kopak juga ingin mengucapkan tahniah kepada Zizie dan Datuk Bung Mokhtar. Semoga baby Aalisa menjadi anak yang solehah dan membahagiakan ibu dan bapa di dunia dan akhirat.  InshaAllah, Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zizie Ezette, Rebecca Nur Islam by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan