” Comelnya perut mama.. “
Adib Khalid Kongsi Video ‘Baby Bump’ Isterinya, Izara Aishah Di Instagram. Wah, Mengandung Pun Nampak Cantik !!
Izara Aishah Hisham atau lebih dikenali sebagai Izara merupakan seorang pelakon dan model. Beliau juga merupakan bekas peserta Dewi Remaja 2009/10. Izara mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak tahun 2011 dan muncul dalam beberapa drama, telefilem dan filem.
Izara telah berkahwin dengan Adib Khalid yang merupakan anak tiri penyanyi Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin dan anak kepada ahli perniagaan terkenal Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa. Pasangan ini berkahwin pada 17 November 2017.
Umum mengetahui, Izara kini sedang mengandung anak sulung mereka. Pada awalnya Izara dan suami menyembunyikan berita kehamilan Izara sehingga mengumunkan kepada umum setelah kandungan Izara mencecah 6 bulan.
Menerusi akaun Instagram, Adib berkongsi video baby bump isterinya, Izara. Beliau menggabungkan beberapa video yang dirakamkannya menjadi satu video kompilasi bamp bump isterinya. Alahai, sweetnya pasangan ini dan Izara pun cantik walaupun sedang mengandung.
Tonton video di bawah :
” Baby Mama.. “
Alahai comelnya baby bump Izara. Rata-rata peminat turut teruja dengan perkongsian ini. Antara komen-komen mereka :
” Mcam baby boy jer kat dlam tu.. “
” Comelnya perut… moga selamat hingga melahirkn .. “
” Eyyyyyyy comelnyaaaaa.. “
” Moga dipermudahkan segalanya… Aamiin “
” Masyaallah alhamdulillah, smoga baby dan mami slalu sehat amin.. “
” Mengandung pun cantik.. “
” Comel nya perut mama.. “
Pastinya peminat pasangan ini tidak sabar untuk menanti kelahiran anak sulung mereka ini. Mesti comel seperti ibu dan bapanya. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga dipermudahkan urusan bersalin buat Izara Aishah dan semoga selamat semuanya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Adib Khalid by Berita Kopak / Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..