” Comelnya Maryam, donut pun donut lah.. ” – Netizen
Video Gelagat Wan Maryam Seronok Makan Kuih Penderam Buat Peminat Terhibur. Part Mawar Tanya Nama Kuih Memang Yakin Betul Jawapannya. Siap Tapau Penuh Tangan. Comel Sungguh Maryam !!
Melihat gelagat anak kesayangan pengusaha tudung terkenal, Mawar Karim ini buat ramai yang tersenyum. Wan Maryam Wan Hafizol atau mesra dipanggil Cik Yam seorang kanak-kanak yang ceria dan tidak loket dengan senyuman. Dilahirkan pada Disember 2017, Maryam kini sudahpun berusia 2 tahun 5 bulan.
Maryam sering mempamerkan aksi comel yang buat peminat ger4m melihatnya. Melihat wajah comelnya ditambah gelagat suka berlakon dengan barang mainannya buat ramai terhibur. Ayat Maryam yang spontan buat banyak hati terhibur.
Dari perkongsian Mawar terdahulu, dapat dilihat betapa Maryam suka makan donut. Melihat Mawar membuat donut sudah cukup buat wajah comel itu teruja apatah lagi bila dapat menikmati donut kegemarannya itu. Satu kepuasan buat Mawar bila melihat wajah gembira Maryam makan dengan riang.
Menerusi akaun Instagram, Mawar Karim telah berkongsikan satu video yang memaparkan gelagat anaknya Maryam yang sedang makan kuih penderam. Apa yang melucukan apabila ditanya Mawar nama kuih tersebut, laju dan yakinnya dijawab donut kerana bentuknya sama. Alahai comel sungguh, betul-betul peminat donut ni.
Jom tonton video di bawah :
Gelagat Maryam ini mencuit hati peminat. Antara komen-komen mereka :
” Ayat favourite Mawar nice dan aiyoo.. “
” Comelnya Maryam.. Donut pun donut la.. “
” Hahahaa orang bagi amik je walaupun kat tangan dah penuh.. “
” Tangan tak habis lagi tu Maryam.. Eee tam4k ye dia hahaha.. “
” Part paling cute semua yang mummy huluq dia pakat ambik pegang automatic!.. “
” Comel sangat Maryam.. Lagi-lagi tang mata dengan mulut dia tu.. “
” Baguss mariam confident tu penting.. “
” Donut pun donut lah, janji sedap kan maryam.. “
Makin comel dan bijak Maryam dari hari ke hari. Betapa sukanya Maryam dengan donut, semua bentuk bulat pun dipanggil donut. Menghiburkan betul mendengar celoteh Maryam ini. Apa pun, semoga Maryam sentiasa gembira dan dilindungi Allah selalu dari sebarang bahay4. Aamin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Mawar Karim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..