” Comelnya Kak Ja buat macam tu, macam arnab.. ” – Netizen

Video Heliza Helmi Buat Mimik Muka Ketika Makan Mee Segera Cur1 Perhatian Netizen. Halah.. Halah Masuk Air Juga Kak Ja Ni Yer !!

Heliza atau nama penuhnya Nur Heliza binti Helmi, merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-5. Beliau berasal dari negeri Terengganu. Bercerita mengenai dirinya, beliau adalah antara selebriti yang begitu rajin mendalami ilmu-ilmu agama dan membuat kerja-kerja amal.

Sikap beliau yang peramah dan mudah mesra ini menyebabkan beliau disenangi untuk didekati. Tidak hairanlah beliau memiliki ramai sahabat handai. Lagi-lagi beliau gemar menjadikan persahabatannya sebagai medium untuk dirinya berkongsi ilmu yang ada.

Bukan itu sahaja, beliau turut gemar berkongsi pengalaman untuk dijadikan manfaat kepada semua orang terutamanya dalam perkara-perkara yang memperjuangkan isu ummah. Kegigihan beliau dalam memberi bantuan dalam misi di Palestin dan beberapa misi yang lain turut menjadi sumber inspirasi kepada orang lain.

Menerusi akaun Instagram, Heliza telah memuatnaik videonya. Video tersebut memaparkan dirinya sedang menjamu semangkuk mee segera. Difahamkan beliau pergi ke rumah seorang sahabat. Sahabatnya itu memberitahu sangat mudah untuk menjaga Heliza kerana tidak memilih makanan. Cukup sekadar mee segera sahaja.

Apa yang menarik lagi, apabila Heliza membuat mimik muka yang sangat lucu dan comel ketika menikmati mee segera tersebut. Dengan matanya yang bulat membuat gerakan bibir yang sedang mengunyah mee itu sangat  mencuit hati. Memang lucu ye Heliza ni !!

Ini antara sedutan video tersebut :

Heliza sedang menikmati semangkuk mee segera.

Aksi comel Heliza yang mencur1 perhatian. 

Jom tonton video di bawah ini :

Gelagat Heliza yang comel ini mendapat perhatian daripada sahabat dan juga pengikutnya di Instagram. Ini antara komen-komen mereka :

” Nyumm2 bole jadi duta maggi malaysia.. ” – Farhatul Fairuzah

” Comey nye kakjaaaaa buat centu cam arnab.. “

” Setiap bulan restock maggi je guys.. untung jadi suami kakja tauuu.. “

” Maggi sedap dan murah kan kakjaa. KAK JA, AWAT COMEL NGAT ! “

” Hahahahahahaha bukan kakja laa kalau tak buat hal. Ingat meggi ingat kakja.. “

” Makanan paling lazat masa tga kering.. Haha comel sgt makan.. “

” Selepas melihat Kak Ja buat muka cenggitu sy dpt tahu Kak Ja seorg yg masuk air sama seperti sy !! Duk sekali pasri hav0c ni bagaikan dunia kita yg punya hahahahaha.. “

” Comeyhhh kakja uii wat muka gituu.. Rase nak tamp0 je comel sangat love you kakja stay comel please.. “

Memang comelkan mimik muka Heliza tu. Spontanius je Heliza buat. Kami di Berita Kopak turut terhibur melihat video tersebut. Semoga Heliza terus maju jaya dan dipermudahkan segala urusan dalam menjalankan kerja dakwah dan misi bantuan kemanusian. Amin..

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Heliza Helmi

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..