” Comelnya baby girl Amyra.. ” 

Wajah Cahayamata Kedua Amar Baharin Dan Amyra Rosli. Kiut Macam Abang Anaqi !!!

Siapa tidak kenal pasangan pelakon romantis Amar Baharin dan Amyra Rosli. Pasangan sama cantik sama padan ini merupakan salah satu pasangan yang sering mendapat perhatian peminat. Rumahtangga mereka yang bahagia tanpa sebarang gos1p menjadi inspirasi pada pasangan lain.

Amar dan Amyra telah melangsungkan perkahwinan mereka pada 11 November 2016. Terdahulu mereka mengikat tali pertunangan pada Julai tahun yang sama. Ikatan perkahwinan ini memberikan mereka seorang cahayamata lelaki dinamakan Aqeef Anaqi.

Terkini, Amar telah memaklumkan bahawa isterinya itu telahpun selamat melahirkan cahayamata kedua mereka pada 1 Februari dan seperti dimaklumkan sebelum ini, bayi berkenaan adalah seorang bayi perempuan. Peminat nyata gembira dan tak sabar hendak melihat wajah comel ini.

Menerusi akaun Instagram amyramarjr2020, telah dikongsikan gambar cahayamata kedua Amar yang baru sahaja dilahirkan semalam 1 Februari 2020. Walaupun tidak sepenuhnya wajah bayi ini nampak comel seperti abangnya Anaqi. Tak sabar nak tengok baby girl 2020 ni.

Jom tonton video di bawah :

” Assalamualaikum .. 01 February 2020.. “

Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” Welcome little princess.. Comelnye.. “

” So cute.. Welcome in the world baby.. Semoga jadi anak yang solehah dunia akhirat.. Aamiin.. Selamat berpantang ibu @aamyrarosli … “

” Assalamualaikum sayang.. Semoga menjadi anak yang solehah.. “

” Congrate @aamyrarosli … So cute.. “

” Muka macam Amyra lah cute.. “

” Comelnya baby girl Amyra.. ” 

Alhamdulillah berakhir sudah penantian 9 bulan Amyra dan Amar. Pastinya baby girl ni akan jadi super cute macam abangnya Anaqi. Kami di Berita Kopak mengucapkan tahniah buat pasangan ini di atas kelahiran cahayamata baru dan selamat berpantang buat Amyra. Semoga segalanya dipermudahkan.. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG amyramarjr2020, IG Amar Baharin by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..