” Comelnya awan nano junior ni.. “

Hafiz Suip K0ngsi Gambar Anak Kedua Dan Nama Yang Diberikan Cukup Indah. Alahai, Ger4m Tengok !!

Pada 1 Mac lalu, isteri kepada penyanyi Hafiz Suip, Nureffy Jasreel Abdullah selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka iaitu seorang bayi lelaki. Meskipun isterinya dijangka melahirkan pada 23 Mac namun kelahiran anak kedua ini disambut lebih awal.

Hafiz dan Nureffy mendirikan rumah tangga pada 14 Mei 2016. Pasangan ini mempunyai seorang lagi anak lelaki yang dilahirkan pada 31 Disember 2017 bernama Muhammad Riyadh Zafri. Terdahulu, Hafiz telah memenangi Anugerah Juara Lagu untuk kategori Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik.

Hafiz pernah dipilih sebagai penerima Anugerah Ikon Belia Sarawak untuk Kategori Kebudayaan dan Keseniaan sempena Majlis Perhimpunan Belia Sarawak 2011 yang telah diadakan di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) pada 18 Mac 2011.

Menerusi akaun Instagram, Isteri Hafiz berkongsi gambar terbaru anak keduanya yang berusia lapan hari dan beliau mengumumkan nama yang diberi iaitu Muhammad Alkaf Zayne. Alahai, comel sangat Alkaf Zayne seindah namanya.

Ramai netizen memuji kecomelan anak kedua Hafiz. Antara komen-komen mereka :

” Comel dan handsome. Indah ciptaan Allah. Sama papa dan mama.. “

” Congrats. So comel.. “

” Comelnya.. “

” Alhamdulilah.. Beautiful name and so cute.. “

” Tahniah. Sedap nama baby.  “

” Comelnya awan nano junior ni.. “

Kami di Berita Kopak mengucapkan tahniah kepada Hafiz dan isteri dengan kelahiran cahaya mata kedua ini. Semoga Muhammad Alkaf Zayne membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh serta berjaya di dunia dan di akhirat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nureffy by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..