” Comelnya Aafiyah tidurkan baby.. “

Video Siti Aafiyah Mendodoi Anak Patungnya Dengan Alunan Zikir Buat Netizen Geram. Alahai Comelnya Part Tepuk-Tepuk tu. So Kiut Kakak Aafiyah !!!

Siapa tidak kenal Siti Aafiyah Khalid anak kepada Dato’ Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Jiwa. Aafiyah membawa maksud pelindungan Allah diilhamkan namanya ketika pasangan ini mengerjakan umrah di tanah suci Mekah ketika Dato’ Siti mengandungkan Aafiyah.

Mengambil keberkatan disebalik maksud nama ini, Aafiyah dilihat membesar dengan sihat dan penuh kesempurnaan. Menjadi pujaan hati semua peminat, kelibat Aafiyah sentiasa ditunggu-tunggu. Tidak kiralah samada di luar mahupun di akaun media sosial.

Menekankan pendidikan lebih penting dari kekayaan dan kemewahan, Dato’ Siti dan Datuk Khalid cuba memberikan didikan agama terbaik buat puteri kesayangannya ini. Hasil didikan mereka terlihat apabila Aafiyah yang sekarang sudahpun berusia 2 tahun dan mampu bercakap mempraktikkan segala yang diajar kepadanya.

Menerusi akaun Instagram Aafiyahkhalid, telah dikongsikan satu video di mana Aafiyah dilihat sedang mendodoi anak patungnya. Wah dah ada gaya jadi seorang kakak ni. Comel lagi-lagi part Aafiyah memeluk dan menepuk-nepuk patungnya itu.

Jom tonton video di bawah :

” Aafiyah dodoikan siapa tu.. “

Rata-rata netizen terhibur dengan aksi Aafiyah. Antara komen-komen netizen :

” Comelnya Aafiyah tidurkan baby.. “

” Alololo.. Afiyah nak adik ea.. Dah nampak ciri-ciri boleh jadi kakak tu.. “

” Aafiyah zikir cam ni kan.. Bagus.. “

” Comelnya pandai baby afiyah.. “

” Betul-betul penyejuk hati kedua orang tua budak cantik @aafiyahkhalid ni.. “

Memang terserlah gaya kakak penyayang ni. Mungkin Aafiyah dah nak adik baru agaknya. Hehe.. Mana tahu khabar angin Tokti mengandung boleh jadi realiti, mesti bersorak riang Aafiyah kalau ada adik baby yang comel macam Aafiyah.

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Aafiyah membesar dengan sihat dan semoga impian nak mendodoi adik bakal tercapai nanti. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aafiyah Khalid by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..