” Comel lah alahai.. Sayang betul Abang Aadam dan Aaleph dengan adik dia.. “

Gelagat Anak Kembar Zizie Ezzete Mencium Adik Bongsu Mereka, Aalisa Belle Izette Berkali-Kali Cur1 Perhatian Peminat !!

Pelakon Datin Seri Zizie Izette baru sahaja selesai berpant4ng selepas melahirkan seorang bayi perempuan yang comel bernama Aalisa Belle Izette. Baru-baru ini Zizie dan suaminya telah mengadakan Majlis Aqiqah dan Cukur Jambul anak bongsu mereka itu.

Untuk pengetahuan, Zizie berkahwin dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 59, berkahwin pada 2009. Pasangan ini mempunyai anak kembar lelaki bernama Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette yang lahir pada 30 November 2017.

Zizie dan Datuk Bung Moktar juga turut mempunyai dua orang anak angkat iaitu Naila Nurjenna, 4 tahun dan Aaric Zayn Izette, 2 tahun.

Ramai yang terkejut semasa Zizie mengumumkan sedang hamil pada tahun lepas kerana jarak kehamilan keduanya selepas melahirkan anak pertama hanya lima bulan sahaja. Namun begitu Zizie sangat bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT ini.

Menerusi akaun Instagram, Zizie memuatnaik video rakaman semasa Aalisa berusia 25 hari. Menerusi video ini, abang kembar Aalisa, Aadam dan Aaleph begitu teruja dengan Aalisa dan menciumnya berkali-kali.

Kemudian datang pula Aaleph mencium adiknya. Alahai comel semuanya.

Alahai sayangnya abang Aadam dan Aaleph dengan adik dia yer.

Gelagat Aadam dan Aaleph membuatkan ramai yang terhibur dengan kecomelan mereka. Sempat lagi Aadam menutup muka adiknya dengan kain.

Jom tonton video di bawah :

” Loving brothers #throwback #25march2019 #25daysoldaalisa #aadamzac #aalephzeke #aalisabelle.. “

Rata-rata peminat terhibur dengan gelagat Aadam dan Aaleph. Antara komen-komen peminat :

” Omg I can’t lah.. Too cute !!! “

” Allah.. bestnye mcm ni.. “

” Cute n noty usik his sister.. “

” Aadam takut aalisa silau ke “

” Comel lah alahai.. “

” Sayangnya diaa tu.. “

Di sini kami di Berita Kopak kongsikan dengan anda beberapa video gelagat comel Aadam dan Aaleph :

” Dia buat mcm rumah sendiri. Hopefully next time muka2 ni x kena banned masuk supermarket ni.. “

(Klik kanan untuk tonton video seterusnya.. )

New glute workout moves maybe?.. “

Alahai comel betul gelagat si kembar ini. Tak pernah tak comel. Apa-apa pun kami di Berita Kopak mendoakan semoga Aadam, Aaleph dan Aalisa menjadi anak yang soleh dan solehah. Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang berguna kepada ibu dan bapa. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zizie Ezette, Rebecca Nur Islam by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan