” Comel jer nengok cik pia cuit-cuit pipi Ustaz Ebit macam tu.. “

Alahai Comelnya Cik Pia Bila Jumpa Ustaz Ebit, Manja betul Cik Pia Ni Sampai Tersipu Malu Ustaz Ebit Lew !!

Hubungan mesra antara adik dan abang ini memang tidak dapat dipisahkan lagi. Kasih sayang yang ditunjukkan si abang kepada adiknya begitu mendalam begitu juga kasih adik kepada abang. Inilah kisah antara Bengah atau Hammad Zamakhshari dan adiknya Afiatul Salsabila atau lebih mesra dipanggil Cik Pia.

Bagi Bengah dia mungkin terpilih untuk tunjukkan yang terbaik sebagai contoh kepada smua. Walaupun sudah berumahtangga Bengah tidak akan pernah lepaskan tanggungjawabnya terhadap adik istimewanya ini. Ini kerana Cik Pia adalah anugerah terindah buat keluarga mereka.

Bengah akan pastikan yang terbaik untuk Cik Pia yang merupakan harta dunia dan akh1ratnya itu. Terbaru kita dapat saksikan pertemuan antara Bengah, Cik Pia dan Ustaz Ebit Lew untuk rancangan Talk Show tayangan TVAlhijrah.

Menurut Ustaz Ebit beliau cukup kagum dengan ibubapa serta abang kepada Cik Pia ini kerana kuat menjaga Cik Pia serta menyayangi anak istimewa ini. Ustaz Ebit Juga menyatakan ini boleh menjadi sumber kekuatan dan sumber inspirasi buat orang ramai yang juga mempunyai anak istimewa.

Mari kita saksikan video antara Bengah, Cik Pia dan Ustaz Ebit bersama :

” Sebak tau masa nie..bila anak istimewa ini cepat mesra dia dengan saya. Bersungguh adik ni nak bergambar tadi. Tahniah mak ayahnya yang kuat menjaga anaknya dan abang serta kakaknya yang sayang pada anak ini.. “

” siapa sangka ujian membuat kita semua ceria seronok melihat gelagat anak istimewa ini di ig bersama abangnya.. ”

” Menjadi sumber kekuatan, kasih sayang, inspirasi buat ramai orang. Mak kepada cik pia dan bengah ini rajin dengar ceramah saya di fb dan insta juga. Allahuakbar.. “

” Dulu saya ada 2 orang kawan yang istimewa begini. Rindu dah lama tak jumpa. Masa dakwah di Duyung Melaka dan Kuantan.. ”

” Dimanalah mereka sekarang. Rindunya. Dulu kawan saya tu masa baca solat dan baca hadis dia bawa rot4n kejar siapa tidur.. hehe.. Allahuakbar.. “

” Buat semua ibu ayah diluar sana yang diuji atau sesiapa yang menjaga anak istimewa kerana ALLAH sayang. Anak ini anak syurga. InsyaAllah sesiapa yang menjaganya dan mengasihinya juga akan menjadi asbab syurga buat semua.. ”

” Allahuakbar.. menangis hari ini dalam program ‘a bit with ebit’ @tvalhijrah114 . Allah sayang. Pohon doakan yer program ini.. “‘

” Doakan juga program tour keluargasunnah perbaiki diri terbuka pada semua oktober 2019 seluruh negeri di Malaysia. Untuk semua-ebitlew #tourkeluargasunnah #abitwithebit #tvalhijrah www.keluargasunnah.com “

View this post on Instagram

Sebak tau masa nie..bila anak istimewa ini cepat mesra dia dengan saya. Bersungguh adik ni nak bergambar tadi. Tahniah mak ayahnya yang kuat menjaga anaknya dan abang serta kakaknya yang sayang pada anak ini..siapa sangka ujian membuat kita semua ceria seronok melihat gelagat anak istimewa ini di ig bersama abangnya. Menjadi sumber kekuatan,kasih sayang, inspirasi buat ramai orang. Mak kepada cik pia dan bengah ini rajin dengar ceramah saya di fb dan insta juga. Allahuakbar. Dulu saya ada 2 orang kawan yang istimewa begini. Rindu dah lama tak jumpa. Masa dakwah di Duyung Melaka dan Kuantan. Dimanalah mereka sekarang. Rindunya. Dulu kawan saya tu masa baca solat dan baca hadis dia bawa rotan kejar siapa tidur..hehe..Allahuakbar. . Buat semua ibuayah diluar sana yang diuji atau sesiapa yang menjaga anak istimewa kerana ALLAH sayang. Anak ini anak syurga. InsyaAllah sesiapa yang menjaganya dan mengasihinya juga akan menjadi asbab syurga buat semua. Allahuakbar..menangis hari ini dalam program 'a bit with ebit' @tvalhijrah114 . Allah sayang. Pohon doakan yer program ini. Doakan juga program tour keluargasunnah perbaiki diri terbuka pada semua oktober 2019 seluruh negeri di Malaysia. Untuk semua-ebitlew #tourkeluargasunnah #abitwithebit #tvalhijrah www.keluargasunnah.com

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Menerusi akaun Instagram, Bengah juga turut berkongsi gambar bersama Cik Pia dan Ustaz Ebit di atas pentas. Baca perkongsian Bengah di bawah :

” Allah Sayang Kita… ZASSS ! Ustaz baru nak buat mini love Cik Pia.. Cik Pia terus sayang ustaz Alhamdulillah selesai urusan siang harini.. “

” Talk show dengan Ustaz Kesayangan Ramai bersama Bengah & Kesayangan Alam “

Rata-rata peminat terhibur dengan gelagat Cik Pia ini, antara komen mereka :

” Allah.. Tahniah ustaz idola kami semua. Doakan kami semua kuat dan sentiasa beriman kpd Allah. Sy doakan semoga ustaz sihat sejahtera dan berjaya dlm perjuangan ustaz utk umat islam semua.”

” Untung siapa ada anak.. lagi2 anak istimewa..Cemburuu saya melihatnya. Mereka dapat bawak ibu bapa mereka masuk dalam syurga.. Bagaimana nasib dengan yang tiada anak macam saya? Siapa yang akan masukkan saya ke dalam syurga? “

” Comel jer nengok cik pia ketuk2 dagu ustaz camtu “

” Ustaz sya selalu sebak bila ustaz berdakwah. kenapa eh?? “

” Pernah jumpa cik pia dgn bengah ni depan depan. Mmg org nya sentiasa ceria “

” Untungnya ustaz dapat duduk ngan ahli syurga “

” Abam bengah @makhl0kmacho n kak pia yg sentiasa menghiburkan “

” Anak syurga mudah rapat dgn org2 yg hatinya baik…. sebab itulah dia cepat rapat dgn ust… anda org baik insyaallah yg baik2 akan mendampingi dan menyinari hidup anda ust…. terus perjuangkan kebaikan “

” Ustaz tersipu, teringat msa plkn dlu lawat rumah anak2 syurga mcm ni. Sy ni takut2 segan. Tiba2 dtg anak syurga ni peluk sy snyum. Trus jadi tak tak0t “

” Comel je cek pia pelukan kasih sayang “

” Comel dan telus bdk2 ni..td kt sekolah buat sambutan autism awareness, byk kamk dpt belajar ttg mrk..terasa lebih dekat dan faham dgn kelebihan yg Allah beri kpd golongan spt mrka yg tiada pd kita yg n0rmal.. Allahuakbar betul la apa Allah bgtau “innama’al usri yusraa, fainna ma’al usri yusraa” #letsspreadgoodness “

Alahai comel dan manja betul Cik Pia ni kan. Kami di Berita Kopak sentiasa mendoakan kesihatan Cik Pia dan semoga Cik Pia bahagia selalu.

Terima kasih kepada anda yang sudi membaca..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ustaz Ebit Lew & Makhl0k Macho by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..