” Comel dua-dua ni. Seri ibu mengandung.. ” – Netizen

Video Fazura Dan Isteri Sahabat Baiknya Rizman Nordin, Nurida Suraya Di Pasaraya Cur1 Perhatian Ramai. Wah, Semakin Berseri-Seri Ibu Mengandung Ni !!

Umum mengetahui bahawa pelakon Nur Fazura kini sedang mengandung anak sulungnya. Kandungan Fazura kini sudah mencecah 6 bulan. Begitu juga isteri kepada sahabat baik Fazura, Rizman Nordin iaitu Nurida Suraya yang turut mengandung anak sulung.

Kandungan Nurida pula kini sudah mencecah trimester ketiga. Seperti berjanji kerana kedua-dua akan menimang cahaya mata sulung dalam waktu yang sama. Pastinya kedua-dua mereka tidak sabar menanti kelahiran cahaya mata.

Fazura sudah dua tahun mendirikan rumah tangga bersama pelakon Fattah Amin manakala Rizman dan Nurida baru sahaja mendirikan rumah tangga pada tahun lepas. Persahabatan mereka sangat akrab sehinggakan Fazura pernah menitiskan air mata gembira ketika hari bahagia Rizman.

Menerusi akaun Instagram, satu video Fazura dan Nurida telah dikongsikan. Video yang berdurasi beberapa saat itu memaparkan mereka berada di sebuah pasaraya sehinggakan ada yang bergurau seperti kembar kerana sama-sama membawa perut.

Jom tonton video di bawah :

Penampilan Fazura dan Nurida ini kelihatan begitu comel sekali. Antara komen-komen netizen :

” Ala comelnye dua2.. “

” Comellll nyaaaaa .. cantik seri ibu pregnant lain.. “

” Comel dua-dua ni. Seri ibu mengandung ” 

Nampak begitu santai sekali Fazura dan Nurida di pasaraya dengan pakaian yang begitu sedondon. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Fazura dan Nurida dipermudahkan urusan sepanjang mengandung sehinggakan melahirkan. Pasti ramai peminat tidak sabar untuk menatap wajah anak kedua pasangan ini.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fazura, Nurida Suraya, Sayang Selaseh

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..