” Comel dan cantik sangat baby, mancung hidung.. ” – Netizen

Fasha Sandha Kongsi Video Dan Gambar Wajah Penuh Anak Ketiganya Yang Baru Lahir. SubhanAllah Comelnya Baby, Pipi Merah Dan Hidung Mancung. Nama Yang Diberikan Pun Sangat Indah. Tahniah Fasha Dan Aidil !!

Umum mengetahui pelakon hebat Fasha Sandha yang sedang sarat hamil anak pertamanya bersama Aidil Aziz. Ianya adalah pernikahan kali kedua buat Fasha. Fasha sudahpun dikurniakan dua orang anak daripada perkahwinan terdahulu iaitu Rayfal dan Jemaima.

Walaupun sudah ada pengalaman bersalin, namun debarannya tetap dirasakan. Fasha yang sering berkongsi di Instagramnya rasa nervous memikirkan bakal melahirkan bayi setelah sekian lama tidak bersalin. Iyelah Jemaima sekarang sudahpun berusia 5 tahun, memang jarak sungguh tempoh masanya itu.

Semalam Aidil telah berkongsikan gambar Fasha dengan kapsyennya meminta semoga semua peminat mendoakan agar urusan bersalin Fasha dipermudahkan. Alhamdulillah pada hari Jumaat yang mulia ini, Fasha selamat melahirkan seorang anak perempuan secara pembedahan.

Meninjau akaun Instagram Fasha Sandha, telah dikongsikan beberapa keping wajah penuh anaknya ini. Fasha turut menulis nama bayinya ini sebagai Aisha. Wah comel Aisha dah pandai bukak mata lah. Mimik muka menang1s tu teringat pulak pada kak Jemaima. Geng ibu dan kakak yang pasti memeriahkan lagi rumah nanti.

Jom baca perkongsian di bawah :

(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan menonton video seterusnya..)

Wajah comel Aisha ini menarik perhatian rakan-rakan dan peminat Fasha. Antara komen-komen mereka :

” Alhamdulillah, MashaAllah so cute. Congratulations kak.. ” – Bella Astillah

” Yeay, Syukur Alhamdulillah.. Welcome to the real world my dear Aisha.. ” – Vie Shantie Khan

” Congratulations Fasha and husband. Saya doakan semogalah yang baik-baik sahaja untuk puteri ini serta Fasha sekeluarga. In Sha Allah. Amin.. “

” Alhamdulillah.. congratulations buat Fasha & husband… semoga menjadi anak yg Solehah.. Aamiin ya Rabb.. “

” Allahuakhbar.. tahniah fashasandha & suami.. comel & cantik sgt baby mancung hidung.. “

” Waalaikummussalam sayang. MasyaAllah comel nya. Semoga Fasha dan baby sihat.. “

” Alhamdulillah. Congrats, Sis Fasha. Selamat berpant4ng. Semoga Fasha & Baby sihat hendakNya. Aamiin.. “

Alhamdulillah berakh1rlah sudah penantian 9 bulan Fasha dan Aidil. Wajah kesayangan yang dinanti-nantikan ini cukup mendamaikan hati kedua ibu bapanya. Semoga Aisha membesar menjadi anak yang solehah dan sentiasa dilindungi Allah selalu. Selamat berpantang dan tahniah sekali lagi Fasha dan Aidil.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fasha Sandha, IG Aidil Aziz

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..