” Comel.. Cenggini.. Putih gebu.. Ger4mnya.. “

Datuk Rosyam Nor Kongsi Gambar Terkini Cucunya Yang Ke- 3, Humaira Auliyaa Yang kini Sudah Berusia 3 Bulan. MasyaAllah.. Comel Sungguh !!

Siapa tidak kenal, Datuk Mohamed Noor bin Shamsuddin atau lebih dikenali sebagai Rosyam Nor yang merupakan seorang pelakon, pengacara, penerbit dan model lelaki tanah air. Rosyam memulakan kerjaya lakonannya pada 1986 selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerusi watak Remy dalam filem G1la-G1la Remaja arahan bapa saudaranya, Allahyarham Hussein Abu Hassan.

Beliau merupakan anak keempat daripada enam beradik kepada pasangan Shamsuddin Mohd. Yusof dan Rubiah Kamarudin. Manakala salah seorang adik Rosyam, Azman juga bergiat aktif dalam bidang lakonan. Selain berlakon, Rosyam juga melibatkan diri dalam sektor perniagaan runcit dengan membuka kedai serbanekanya yang dikenali sebagai ST Rosyam Mart.

Rosyam telah mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan hatinya iaitu, Runika Mohd Yusoff pada 1989 dan dikurniakan lima anak yang kesemuanya perempuan. Pada tahun 2013, Rosyam telah dikurniakan  Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa kepada gelaran Datuk.

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram, Rosyam telah berkongsi gambar terkini cucunya yang ketiga, iaitu, Humaira Auliyaa yang kini sudah berusia 3 bulan. Rosyam turut berkongsi kapsyen bahawa cucunya itu miliki raut wajah seiras dengannya, malah comel seperti dirinya juga.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah :

” CUCU KE3. Alhamdullilah Humaira Auliyaa dah 3 bulan usia dia. Nasib baik dia ikut muka iras aku.. COMEL MACAM ATUK.. “

Rata-rata netizen begitu terhibur dengan kapsyen Rosyam itu dan netizen juga memuji cucu Rosyam sangat comel. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Subhanallah. Indahnya Anugerah Allah. Comeynya… Tahniah Datuk. Semoga Humaira Auliyaa menjadi anak yg solehah.. “

” Comel.. Cenggini.. Putih gebu.. Ger4mnya.. “

” Cute nya cucu abg Rosyam .. “

” Tomeyy sgt.. Soo beautiful this little baby girl .. “

” Comel sangat2 macam muka Dato .. “

” Congratulations datuk dpt cucu ke3… Alhamdulillah.. “

” Comel mcm muka atoknya .. “

” Muka dia tenangkan hati sangat! Alhamdulillahhh .. “

Comelnya.. Secantik nama yang diberikan.. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga cucu Datuk Rosyam membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah buat kedua ibu bapanya. Tidak lupa untuk Datuk Rosyam juga, semoga sentiasa dimurahkan rezeki selalu. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Rosyam Nor by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..