” Comel, cantik dan merdu both of you … “

Video Nurul Depp Berduet Bersama Anaknya Ayu Nazirah Memuk4u Netizen. Namun Begitu, Asyik Tersal4h Sebut Je Ayu Nyanyi !!

Masihkah anda ingat dengan Nurul Wahab atau sekarang dikenali sebagai Nurul Depp. Beliau merupakan seorang penyanyi, pengacara dan pelakon wanita. Nama sebenar Nurul ialah Noorulhuda binti Abdul Wahab. Nurul telah lama menyepi dalam industri hiburan sejak mendirikan rumahtangga kali kedua pada tahun 2012.

Nurul telah berkahwin dengan seorang lelaki dari Perancis bernama Eric Daniel Depp. Perkahwinan mereka telah dikurniakan dua cahaya mata lelaki dan seorang perempuan bernama Zachary, Raphael dan Isabella. Sebelum ini, Nurul pernah berkahwin dengan komposer terkenal yang juga bekas pemain keyboard kumpulan Exists iaitu Ajai.

Menerusi perkahwinan pertamanya, Nurul dan Ajai dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ayu Nazirah. Walau bagaimanapun jodoh mereka tidak panjang dan akhirnya bercera1 pada hujung tahun 2006 selepas 10 tahun bersama.

Menerusi akaun Instagram, Nurul memuatnaik videonya bersama anak sulungnya, Ayu Nazirah. Mereka berduet bersama lagu berjudul ‘Cinta Nurul’. Pasangan ibu dan anak ini nampak seperti adik-beradik kan?. Namun begitu, Ayu asyik tersasul je bila menyanyi. Kelakar pula asyik tersalah sebut jer.

Tonton video di bawah :

” Ini yang laqu semalam… adoi anak ku @ayu_ace hahaha. . Menguntum… jadi menuntun atau berdent0m?! Saksikan video pertama kami nyanyi bersama di youtube NOURUL DEPP sekarang!

Lagu : cinta nurul
Ciptaan : Andy Merican
Lirik : Allah lupa. Nanti kami check. Rasanya Fitri Yahya  .

Dipetik dari album #mari edaran #sonymusic year 2012. . “

Sedap juga suara Ayu. Pastinya bakat beliau diwarisi daripada ibu dan bapanya yang sama-sama merupakan penyanyi. Antara komen-komen netizen :

” Ayu ni sebijik Ajai. Anak2 nourul semua ikut father kaaannn… “

Comey chantek merdu both of you.. Ma Sha Allah.. “

” Cantiknya si budak Ayu ni, orang kalau dh cantik, tk makeup pun cantik.. “

”  Best.. Dah lame tak tengok kak Nurul menyanyi.. “

” Sweet lah Nurul n anak dia, suka skang ni tgk depa… “

” Both of u sounded awesome. plz do a single together.. Bet its gonna be a bomb.. “

” Cantik Ayu sweet je senyum. Btw gigi ayu cantik.. “

Pastinya ramai peminat rindu akan nyanyian Nurul dan berharap Nurul membuat ‘comeback’. Gabungan suara Nurul dan Ayu begitu merdu sekali. Jadi lepas ni bolehlah Nurul membuat single terbaru berduet bersama anaknya Ayu. Sedap sangat suara Ayu !

Tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nourul Depp by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..