” Comel Aafiyah bagi pesanan dekat kakak dia sebelum pergi bercuti.. ” – Netizen
Video Gelagat Anak Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Aafiyah Khalid Memberikan Pesanan Kepada Pengasuhnya Sebelum Berlepas Ke Dubai. Alahai Banyak Betul Pesanan Aafiyah Ni, Penyayang Sungguh !!
Meninjau akaun Instagram Cepat Berita, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat anak sulung kepada penyanyi tersohor negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah Khalid yang menghiburkan.
Ini adalah video sebelum Aafiyah berangkat ke Dubai bercuti bersama ibunya. Pada awal video ini, dapat disaksikan Aafiyah berdiri di hadapan pintu bilik pengasuhnya yang dipanggil Kak Fai. Ingin mengucapkan selamat t1nggal, Aafiyah sememangnya sangat akrab dengan kakaknya ini.
Comel sahaja Aafiyah melambaikan tangan sambil tersengih-sengih memandang ke arah kak Fai. Kakaknya pula meminta Aafiyah memel0knya dan bertanyakan kepada Aafiyah selepas ke Dubai ke mana pula destinasi percutian Aafiyah.
Di rumah sudah cakap good bye, Aafiyah menyambung pula telatah comelnya itu di airport pula. Banyak betul pesanan Aafiyah kepada Kak Fai. Sudah melepasi pintu pelepasan pun, terjer1t-jer1t Aafiyah mengingatkan Kak Fai kesayangannya itu.
Jom tonton video di bawah :
Bagus betul Aafiyah ini, kecil lagi sudah menunjukkan sifat penyayang dan prihatinnya kepada orang di sekelilingnya. Apatah lagi orang yang akrab dengan Aafiyah, menggunung kasih sayang anak kecil ini.
Kata orang, anak itu cerminan kedua ibu bapanya. Pandai menghormati orang dan sopan, sifat Aafiyah ini sama seperti DS Siti. Apa-apa pun, semoga percutian Aafiyah sekeluarga di Dubai menyeronokkan dan berjalan sebagaimana yang dirancang.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Cepat Berita, IG Aafiyahkhalid
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..