” Cikgu tahu siapa ayah saya ? Kalau cikgu sentuh saya, saya sam4n !! “

Perkongsian Cikgu Mohd Fadli Salleh Buat Ramai Yang Buka Mata !!

Perkembangan pesat dan zaman semakin moden perlulah seiring dengan sistem pendidikan. Ia tidak dapat dinafikan. Ramai ibubapa bersetuju pada usia awal persekolahan anak-anak tidak sepatutnya dibebankan dengan pembelajaran berasaskan peperiksaan. Ternyata bermula tahun ini tiada lagi peperiksaan untuk tahun satu hingga tahun tiga.

Namun, anak-anak dibebani dengan silibus yang tinggi, sehingga melampaui pemikiran mereka sebagai pelajar sekolah rendah. Perkara ini agak membimbangi ibubapa dan juga guru. Ini kerana tidak semua murid adalah ‘genius’.

Selain daripada silibus beraras tinggi, sikap anak murid yang semakin tidak menghormati guru juga amatlah membimbangkan. Ini kerana ia boleh merosakkan generasi akan datang. Kalau zaman dahulu, guru amatlah disanjungi tetapi kini tidak lagi.

(Gambar sekadar hiasan)

Baca perkongsian cikgu Mohd Fadli Salleh tentang perbezaan silibus negara barat dengan negara kita Malaysia. Begitu juga perbezaan akhlak dan budaya barat dan kita di timur. Menurutnya, tidak semua boleh dit1ru 100% sebenarnya.

“Cikgu sentuh saya saman!”

Ada sahabat yang tinggal di US bercerita, betapa anaknya gembira pergi ke sekolah. Betapa ceria dan terujanya anak dia bercerita tentang seronoknya alam persekolahan. Betapa baiknya guru, betapa menariknya aktiviti di sana.

Dan aku terus bertanya, bagaimana silibus di sana? Bagaimana pula penilaian mereka?

Katanya silibus di sana sangat ringkas. Tidak berat, lebih kepada seni dan muzik. Banyak belajar sambil bermain. Tidak ada peperiksaan berpusat yang membanding beza darj4t murid. Kelasnya juga tidak sepadat kita. ( Anaknya sekolah rendah )

Di Barat, sentuhan fizikal sangat diteg4h. Mereka lebih cenderung kepada motivasi dan pujuk memujuk.

(Gambar sekadar hiasan)

Dan kita. Silibus kita makin lama makin berat. Makin maju makin padat. Tanya saja ibu bapa, soalan anak-anak tahun 3 belum tentu mereka dapat jawab. Terlamp4u KBAT. Murid belajar mengejar silibus yang berat dan banyak dalam masa yang singkat.

Maka guru bertungkus-lumus cuba memberi faham topik payah dalam masa yang singkat. Pelajar rasa susah, guru juga rasa terbeb4n. Ibu bapa di rumah cuba membantu, tapi kadang-kadang mereka pun tidak faham.

Kita cuba meniru hukum4n. Bab sentuhan fizikal. Bab dend4an. Lebih sikit je terus sam4n menyam4n. Tapi kita tidak meniru cara mereka menggembirakan murid untuk sekolah. Kelas yang tidak padat, ada pembantu guru dan silibus yang relevan.

Padat sungguh aktiviti sekolah anak-anak kita kan ? Balik rumah, lepas makan terus tertidur saat baru buka buku. Kesian mereka. Kepenatan. Kita dan mereka berbeza. Jauh berbeza. Kita Islam, dan kita berada di Timur, ada budaya ketimuran. Bukan di Barat yang majoriti non Muslim.

Cuba lihat akhlak mereka orang Barat, bagaimana mereka berakhlak dengan guru. Bagaimana akhlak mereka dengan ibubapa sendiri. Sangat biad4b bagi kita orang Timur. Apatah lagi jika kaitkan dengan kita sebagai orang Islam. Adab kita dengan ibubapa dan guru dalam Islam sangat penting. Sangat dititik beratkan dalam Islam.

Kita meniru tempat yang salah. Tempat yang membuat murid makin biad4b. Sepatutnya kita tiru bagaimana membuatkan murid gembira ke sekolah. Itu dulu patut dit1ru.

(Gambar sekadar hiasan)

Pernah seorang rakan guru sekolah menengah bercerita, seorang pelajar begitu biad4b hingga dia mencek4k kolar leher murid itu. Ingin dilemp4ng sahaja pelajar itu agar dia reti menghormati sang guru. Tapi budak itu menjawab,

” Cikgu tahu siapa ayah saya ? Cikgu sentuh saya, saya sam4n !! “

Maka guru itu terpaksa mengalah. Dilepaskan kolar baju, dan dia beredar dengan p1lu. Periuk nasi perlu dijaga. Itulah yang menyara anak isterinya. Dan ramai guru kini berazam, tidak lagi mengambil berat soal pelajarnya. Nak belajar, silakan. Taknak belajar, sudahlah.

Mereka serik, nama naik dibalai p0lis, terpaksa pula meminta maaf dengan pelajar jika tidak mahu kerjaya mereka disusahkan. Guru meminta maaf dengan pelajar? Jangan terkejut. Ini realiti. Banyak dah berlaku. Siapa yang rug1? Siapa yang rug1 bila ribuan guru yang dahulunya begitu cakna dan ambil berat tentang kemenjadian murid kini kecew4 dan tidak lagi peduli.

Meskipun pendidikan Barat lebih maju dari kita, namun bukan semua boleh kita tiru. Kita ada budaya kita, kita ada agama kita. Tirulah tempat yang betul, bukan tempat yang salah lagi.

#MFS
– Yang indah dimata belum tentu indah dijiwa

Terima kasih cikgu atas perkongsian ini. Semoga memberi manfaat kepada kita semua. Tidak sal4h untuk kita men1ru pendidikan di Barat tetapi perlulah dikaj1 sedalam-dalamnya segala aspek dan kemudahan serta persediaan guru dan murid.

(Gambar sekadar hiasan)

Silakan SHARE..

Sumber : FB Mohd Fadli Salleh by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..