” Caya la Eidrees, kami tengok lantai jer dah ser4m.. ” – Netizen
Video Anak Anzalna Nasir, Mohamad Eidrees Menaiki Sky View Slide Di Dubai Raih Perhatian Ramai. Wah Berani Betul Eidrees. Relaks Jer Dia Tak Gayat !!
Meninjau ke akaun Instagram Anzalna Nasir, perkongsian video anaknya iaitu Mohamad Eidrees menaiki Sky view slide di Dubai telah meraih perhatian ramai. Ini kerana Eidrees dilihat sangat berani dan tidak gayat.
Menurut Anzalna, Eidrees sebenarnya tidak dibenarkan untuk menaiki permainan ini kerana usianya yang masih kecil. Oleh kerana Eidrees tetap ingin mencuba, pekerja di situ melayan Eidrees hanya bermain di bahagian bawah gelungsur sahaja.
Walaupun berada di bahagian bawah gelungsur, namun ia tetap mengayatkan kerana dikelilingi dengan dinding cermin dan juga lantai cermin. Pada aras ketinggian yang amat tinggi, bukan semua orang berani untuk berdiri di situ.
Perkongsian ini telah menerima lebih 40 komen buat masa ini sejak ia dimuatnaik. Sebelum ini, Anzalna juga ada menaiki permainan ini dan dikongsikan video tersebut di akaun Instagram miliknya. Wah, Eidrees dan mummy memang berani.
Jom tonton video di bawah :
Ramai yang memuji keberanian Eidrees yang tidak tak0t akan ketinggian. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Brave la idrees ni. Kita tengok bawah pun dah gayat .. amboi.. helok betul yg tukang tarik eidress tu norsiah oii.. “
” Cayala Eidrees … Kami Tgk lantai ja dah seerrr4mm.. Ank Daddykn.. mesti la brani… giyam tgk ngambot tuu. ngasa nk tarik2.. “
” Niat nk fokus tgok eidrees.. tapi terfokus tgok tukang tarik tu pulak.. cane ekk kak ? Kak lain kali blur kan tukang tarik supaya kami fokus kt eidrees.. “
” Auntie pun takut .. eidress so brave .. Tgn kita pulak yg berpeluh2 kaki sejuk.. macam aladdin naik karpet terbang.. “
” Berani, klu sy mmg pengsan terus tgok bawah .gayattttt.. Naik kt menara Komtar pon dh kecut pegrot. Klu naik ni lgi laa.. “
” Kt hujung bwh tu bertutup ke tak sebenarnya ? Ketaq lutut tgk.. gayat.. Omg tengok video ni pun rasa berpeluh tapak tangan.. “
” Punya dok ulang tgk. Kot2 terlepas part dari ats. Rupanya perjalanan yg singkt tu jer.. jadikla eidress buat ghaso ghaso.. “
Nampak seronok percutian Anzalna dan keluarga di Dubai. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat bercuti kepada Anzalna sekeluarga. Ciptakan banyak memori ketika anak-anak masih kecil ini dengan meluangkan masa bersama mereka.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Anzalna Nasir
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..