” Caption simple je, tapi kenapa aku rasa kelakar ek.. “

Tomok Kongsi Gambar Bersama Anak-anaknya, Namun Kapsyen Tomok Telah Buatkan Netizen Tidak Henti-Henti Ketawa. Haha.. Boleh Tahan Kelakar Tomok Ni !!

Tomok, atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail dahulunya sangat terkenal pada tahun 1999 sebagai penyanyi  ahli kumpulan New Boyz. Tomok boleh dikatakan sebagai tonggak utama kumpulan New Boyz kerana beliau merupakan satu-satunya anggota New Boyz yang kekal dari awal kemunculan sehingga kini biarpun ahli yang lain sering bersilih ganti.

Nama Tomok kembali menjadi sebutan setelah beliau menjuarai One In A Million (OIAM) musim ketiga sekali gus meraih RM1 juta pada 1 Mei 2009. Penyertaan Tomok dalam musim ke-3 OIAM menjadi liputan meluas penggemar muzik tempatan kerana Tomok dilihat sudah hilang daripada industri dan kemudian secara mengej0t muncul dalam program realiti tersebut.

Telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya iaitu Siti Rahayu binti Abas yang merupakan bekas pramugari Sistem Penerbangan Malaysia (MAS). Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki dan pasangan ini bakal menimang cahaya mata ketiga tidak lama lagi.

Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagram, Tomok telah berkongsi satu gambar terbaru beliau bersama anak-anaknya iaitu, Arrian Shah Akid, 9, dan Andrashah Iman, 6. Gambar tersebut sangat menghiburkan netizen gara-gara kapsyen Tomok yang dikatakan sangat lucu.

Ikuti perkongsian Tomok di bawah :

View this post on Instagram

bukan main eh..laga pipi kat kepala ayah 🤣

A post shared by Tomok (@tomokofficial) on

Rata-rata netizen sangat terhibur dengan kapsyen Tomok itu. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Tak yg dia kemain pegang kepala ayah tu.. “

” Hahaha. . Gosok skt kepala ayah tu.. “

” Mungkin sbb pipi arrian dgn kepala ayah sama licin.. “

” Hahahahahahaahah sweet sgt gaya tuuu.. “

” Love kepala ayah. Hehe.. “

” Sump4h lawak caption tomok hahaha so cute la aryan @tomokofficial.. “

” Caption simple je, tapi kenapa aku rasa kelaka ek .. “

Boleh tahan kelakar juga Tomok ni.. Komen-komen daripada netizen pun kelakar sangat, ada-ada saja nak menyakat Tomok. Tapi sejujurnya, comel sangat gambar Tomok dan anak-anaknya. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Tomok sekeluarga sentiasa dimurahkan rezeki selalu. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG  Tomok by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..