” Cantiknya Ya Allah. Macam Princess.. “

Gambar Majlis Resepsi Emma Maembong Yang Cantik Rupawan Dan Muhamad Shazli Yang Kacak Bergaya . Gaun Pengantin Emma Wow Sangat. Macam Frozen !!

Siapa tidak mengenali pelakon cantik Emma Maembong. Pelakon cantik manis berkulit putih melepak ini seorang yang bijak menyimpan rahsia peribadinya hinggakan secara tiba-tiba sahaja beliau melangsungkan majlis pernikahan pada 20 Februari lalu.

Selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Muhammad Shazli Azhar, majlis akad nikah ini diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri ahli keluarga dan sahabat terdekat sahaja. Sungguh cantik bagai pinang dibel4h dua, majlis berinai bertemakan tradisional sudahpun dilangsung semalam 6 Mac 2020.

Bak raja dan permaisuri, malam ini pula tanggal 7 Mac diadakan pula majlis resepsi yang penuh gilang gemilang. Emma yang anggun mengenakan gaun pengantin berona putih nampak tak ubah laksana puteri raja. Kemeriahan yang pasti tidak akan dilupakan oleh semua yang menyaksikan pasangan merpati dua sejoli ini.

Menerusi akaun Instagram, Emma telah berkongsikan informasi tentang majlis resepsinya yang boleh ditonton secara live di saluran youtube dan live streaming CST Production. Di akaun Instagram CST Production juga dikongsikan gambar-gambar Emma dan Shazli yang sangat cantik dan kacak bergaya.

Jom baca perkongsian di bawah :

Antara gambar-gambar di sekitar majlis resepsi tersebut yang dikongsikan oleh CST Production :

( Klik butang KANAN – > untuk melihat gambar seterusnya )

 

Rata-rata netizen gembira dan memuji penampilan Emma di majlis ini. Antara komen-komen netizen :

” Cantiknya ya Allah.. “

” Cantek sangat.. “

” Cantikkkkk gil4 emma !!!!!.. “

” Kenapa cantik sangat kak emma ni.. “

” Macam princesss.. “

” Cantiknyer princess Emma.. “

Berseri-seri sungguh pengantin baru yang diraikan ini. Dengan busana pengantin yang direka sebegitu indah, semakin menyerlahkan kecantikan Emma. Tak berkelip mata siapa yang melihatnya dah gaya anak patung. Kami di Berita Kopak mengucapkan tahniah di atas majlis yang meriah ini dan semoga Emma dan suami kekal berpanjangan hingga ke syurga. Aaminn..

Tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Emma Maembong, IG CST Production, Youtube Channel Emma Maembong by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK/ CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..