” Cantiknya Sherry, pakai macam ni serius lawa tau.. ” – Netizen
Hadir Berjubah Dan Berhijab Ke Majlis Pernikahan Zulin Aziz, Penampilan Sherry Alhadad Raih Perhatian Ramai. Cantiknya Sherry, Nampak Ayu Sangat. Dah Lah Makin Mengecil, Berseri-Seri !!
Dengan sekali lafaz, pelakon Zulin Aziz telah selamat bergelar isteri kepada Farhan Norzaini pada hari ini. Pasangan tersebut telah dinikahkan oleh Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd Hosni dan berwakil walikan abang Zulin iaitu Shah Rezza Abdul Aziz.
Semestinya berita gembira ini membuatkan ramai peminat dan rakan-rakan Zulin tumpang gembira. Meninjau di akaun Instagram milik pengacara terkenal, Sherry Alhadad turut berkongsi gambar dirinya telah hadir ke majlis pernikahan Zulin.
Selain berkongsi gambar bersama pengantin baru, Sherry juga berkongsi kata ucapan khas buat sahabat baiknya itu. Namun penampilan Sherry yang mengenakan jubah dan berhijab ketika majlis pernikahan Zulin tersebut telah menjadi perhatian ramai.
Ada yang menyatakan Sherry kelihatan berstambah seri mengenakan hijab sebegitu malah rata-rata mendoakan semoga selepas ini Sherry pula akan mengakhiri zaman solonya. Hingga kini, perkongsian gambar Sherry itu telah mendapat lebih 63 ribu tanda suka dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke Instagram.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Di ruangan komen, selain memuji penampilan Sherry, ramai yang mengambil kesempatan memberikan kata ucapan tahniah kepada pasangan pengantin baru ini. Antara komen-komen menarik adalah :
“Eh Chantiknya Sherry pakai tudung, terus nampak ayu lah. Btw selamat pengantin baru buat Zulin dan pasangan, semoga kekal bahagia.. “
” Semoga Allah mengurniakan jodoh yang soleh, bertanggungjawab, menghormati & menghargai. Sherry, lawanyaaa you, nampak lain lah.. “
” MasyaAllah cantik nya Sherry, pakai macam ni serius lawa. Aamiin smoga Lps ni, turn Sherry pulak bertukar status sebagai isteri smoga dipertemukan jodoh.. “
” In shaa allah lepas ni giliran Sherry pulak. Nampak slimnya Sherry cantik bertudung, semakin mengecil lah, cun sangat.. “
” Cantiknya Sherry. Tahniah Zulin dan pasangan, selamat pengantin baru. Semoga Zulin menjadi isteri yang solehah.. “
“Kang lawo pka tudung sis. Tahniah smoge istiqomah kedepannye deh. Doa hok baik2 kepada semua org lah yee dan tahniah juge kpd kk Zulin Aziz.. “
” Sis Sherry dah slim,s yantek Sherry pakai abaya and tudung. Tahniah buat pasangan Pengantin Baru, berseri-seri.. “
Alahai cantiknya penampilan Sherry, nampak manis sangat. Apa-apa pun di kesempatan ini, kami dari Berita Kopak tidak lupa ingin mengucapkan tahniah kepada Zulin dan Farhan, semoga ik4tan yang baru dibina ini akan kekal bahagia hingga ke syurga.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Sherry Alhadad, Zulin Aziz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..